PENCAPAIAN KEJORA PADA TAHUN 2012

Pada tahun 2012, KEJORA telah berjaya memperoleh pelbagai pencapaian dan pengiktirafan seperti berikut:
Pengamal Amalan Persekitaran Berkualiti 5S dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).
Penyata Kewangan KEJORA telah diaudit dan mendapat audit bersih.
Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) PERDANA dari Bahagian Perancang Bandar dan Desa telah berjaya ke Konvesyen KIK peringkat Kebangsaan.
Tempat Kedua Penilaian Outcome Terbaik bagi projek Pembangunan Pelancongan Desa di Kg. Belukar Durian.
Portal Rasmi KEJORA mendapat penarafan 5 Bintang oleh Malaysia Government Portals and Websites Assessment 2012.
Tempat ke-4 daripada 27 penyertaan acara pertandingan perarakan kereta berhias sempena Hari Keputeraan Sultan Johor.