Portal Rasmi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (kejora) | Keindahan Bandar
797
page,page-id-797,page-child,parent-pageid-791,page-template-default,ajax_updown_fade,page_not_loaded,smooth_scroll,boxed,,qode-theme-ver-2.6,wpb-js-composer js-comp-ver-4.4.3,vc_responsive

Keindahan Bandar

Program pengindahan bandar adalah penting untuk mewujudkan sesebuah bandar yang menarik dan indah. Program ini termasuklah penyelenggaraan kawasan hijaunya yang akan sentiasa dipelihara dan dijaga serta berkonsepkan pengindahan lanskap lembut dan kejur yang menarik.
Dalam Pelan Induk Pembangunan Lanskap Bandar Penawar telah menetapkan beberapa konsep pembangunan lanskap :
1. Jaringan Hijau – tumpuan kepada kawasan lapang, jalanraya dan sepanjang sungai
2. Taman Ekologi Hutan Paya – kesemua kehidupan di kawasan paya bakau dirancang membentuk karektor taman
3. Taman Therap Air/Rekreasi Air – eksploitasi elemen air (pembinaan bangunan SPA sedang dalam perancangan di Pusat Pelancongan Tg Balau)
4. Taman Semaian Ubatan Herba dan Taman Herba – pendekatan penanaman pokok secara ‘natural succession of  reafforestation’
Manakala Pelan Induk Pembangunan Lanskap Bandar Tenggara pula menumpukan konsep berikut :
1. Mewujudkan Jalinan Hijau (Green Belt) – terutama dijalan-jalan utama, lebuhraya, kawasan perumahan, pusat bandar dan kawasan industri.
2. Taman Medan Tenggara – taman persinggahan yang mempunyai kawasan rehat untuk kemudahan pengunjung khususnya untuk laluan lebuh utama.
3. Taman Wawasan Kejiranan (Theme Park)
Selain itu banyak lagi projek lanskap yang dilaksanakan terutamanya di kawasan pelancongan Tanjung Balau seperti pembinaan Taman Awam, penanaman lanskap lembut dan kejur, penyediaan wakaf dan gazebo, Taman Arca di Bandar Penawar dan juga projek menaiktaraf lanskap sediada bagi mewujudkan suasana kehidupan lebih nyaman dan selesa.

 

 

 

Newsletter

 

Langgan RSS melalui E-mel

 

 

Acara

Januari, 2017

Saring Pilihan

Tiada acara

 

PEMBERITAHUAN PENGURUSAN ADUAN PELANGGAN


Berikutan pembubaran Lembaga Bandaran Johor…
Lagi

 

Blog Pelancongan KEJORA


Sila layari Blog Pelancongan KEJORA untuk…
Lagi

 

SENARAI NAMA PENGGERAK DAN KAMPUNG JKKK


Info Lanjut
Lagi

 

FORMAT PROFIL KAMPUNG DAN PELAPORAN PENGGERAK


PROFIL KAMPUNG PELAPORAN PENGGERAK
Lagi