Bantuan

Sila lihat pilihan pautan seperti dibawah untuk bantuan mengenai Laman Utama, Menu Utama, Carian,dan RSS.

Bagi pertanyaan am, anda juga boleh merujuk bahagian Soalan Lazim untuk mendapatkan jawapan segera.

 

Masih memerlukan bantuan?

Sila hantarkan isu atau pertanyaan anda melalui Sistem Pengurusan Aduan KEJORA menerusi http://aduan.kejora.gov.my/. atau hubungi staf yang berkenaan di laman Hubungi Kami. Pihak kami akan mengemukakan jawapan dalam tempoh tidak lebih dari tiga (3) hari bekerja.

Menu Utama

 

Menu utama adalah elemen penting kepada portal ini. Segala navigasi utama ada di sini, yang mana ia membolehkan anda untuk melayari portal kami ini bagi membolehkan anda mendapat segala maklumat yang anda hajati.

 

Melalui menu ini, pelayan portal boleh mendapatkan maklumat seperti:

  • Informasi Awam
  • Maklumat Korporat
  • Perniagaan
  • Komuniti
  • LBJT

Carian

 

Ruangan carian terletak di penjuru atas kanan setiap halaman dan fungsi ini disediakan bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat secara pantas dalam kandungan portal kami. Carian yang dijalakan berpandu kepada kata kunci carian yang anda masukkan di dalam ruangan kotak carian. Ianya tidak terhad kepada seksyen atau bahagian tertentu portal sahaja, tetapi ianya juga merangkumi carian terhadap kandungan atau artikel itu sendiri.

RSS

Apakah RSS?

RSS adalah singkatan bagi “Really Simple Syndication” atau “RDF Site Summary”. Ia membolehkan anda memperolehi kemaskinian terkini daripada laman web kami, semuanya dalam satu pusat. Melanggan pada suapan RSS (RSS feeds) daripada laman web kami bermaksud anda tidak perlu sentiasa menyemak kembali untuk mengetahui kemaskinian terkini, malahan anda boleh meninjau kesemuanya di dalam pelayar anda, Outlook atau lain-lain pembaca (readers) yang boleh dimuat turun. RSS bukan sahaja mudah untuk digunakan, malah ianya percuma!

 

Bagaimana saya mengunakannya?

Untuk memperolehi suapan RSS (RSS feeds) daripada laman web kami, sila ikuti langkah-langkah ini:

  1. Klik pada ikon RSS pada laman web kami
  2. Anda akan dibawa ke laman yang menyenaraikan kesemua suapan RSS (RSS feeds) yang terdapat pada laman web kami. Klik pada suapan (feed) yang anda
  3. Anda akan diminta untuk “Subscribe to this feed”
  4. Pilih dimana anda ingin melihat suapan (feed) tersebut.
    Contohnya: pada pelayar (browser) atau pembaca-pembaca RSS (RSS readers) yang lain
  5. Secara automatik, anda akan menerima kandungan terkini daripada laman web kami dengan cara ini