Program Tanaman Campuran KEJORA telah bermula sejak awal tahun 1984. Objektif utama program ini adalah untuk menggalakkan orang perseorangan dan syarikat-syarikat swasta melibatkan diri didalam program pembangunan pertanian secara komersial di Wilayah KEJORA, menjadikan wilayah KEJORA sebagai kawasan pengeluaran hasil-hasil pertanian untuk dieksport ke luar negeri khususnya ke Singapura serta menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk-penduduk kampung.


Tanaman jambu batu di KTC Penggeli Kecil

Tanaman nangka di KTC Penggeli Kecil

Sehingga Disember 2012, keluasan Kawasan Tanaman Campuran KEJORA semakin mengecil dimana sebahagian Kawasan Tanaman Campuran KEJORA iaitu di Bukit Saga telah terlibat dengan Pengambilan Balik Tanah oleh Kerajaan Negeri bagi pembangunan Projek Minyak dan Gas di Pengerang yang melibatkan lima plot dengan keluasan sebanyak 41.4 hektar. Sehubungan dengan ini, jumlah keseluruhan bagi keluasan Kawasan Tanaman Campuran yang terkini di Wilayah KEJORA adalah seluas 2322.6 hektar.