LAWATAN PERKONGSIAN ILMU DBKL KE KEJORA

PROGRAM 12TH ANNIVERSARY KELAB ANGGOTA KEJORA 2017

               

Kelab Anggota KEJORA atau lebih dikenali dengan KAK telah ditubuhkan secara rasminya pada 28 Mei 2005. Kelab ini ditubuhkan dengan matlamat antaranya adalah untuk menyatupadukan seluruh golongan anggota Lembaga Kemajuan Johor Tenggara serta mewujudkan dan memelihara tali persaudaraan yang erat di kalangan semua lapisan ahli dengan tidak mengira jenis keturunan, bangsa fahaman.

Sempena ulang tahun KAK yang ke-12, semua anggota KEJORA telah meraikan Program 12th Anniversary Kelab Anggota KEJORA yang telah diadakan pada 6-7 Januari 2018. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang 2 hari program ini berlangsung. Berikut merupakan program-program yang telah dilaksanakan dengan gemilang dan jayanya;

  1. Pelancaran Perasmian Kompleks Driving Range Bandar Penawar pada 6 Januari 2018
  2. Program Sukan Kelab Anggota KEJORA (SUKAK) pada 6 Januari 2018 bertempat di Stadium Bandar Penawar serta pusat sukan sekitar Bandar         Penawar.
  3. Kursus Asas Lanskap pada 7 Januari 2018 di Nursery KEJORA.
  4. Gala Dinner pada 7 Januari 2018 bertempat di AmanSari Residence Bandar Penawar

Setinggi-tinggi penghargaan di atas kerjasama semua pihak yang telah merealisasikan sambutan ulang tahun ke 12 Kelab Anggota KEJORA ini. Semoga ukhwah kita semua berpanjangan lebih-lebih lagi dalam menjalankan tanggungjawab selaku warga KEJORA.

KEJORA UNGGUL DIPERSADA ANTARABANGSA

 

 

 

 

 

 

 

 

Menerusi International Quality and Productivity Convention (IQPC) 2017 yang telah berlangsung di Padang Indonesia bermula 27 hingga 29 November 2017, penyertaan oleh Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Inspirasi Digital. Tahniah diucapkan kepada KIK Inspirasi Digital kerana berjaya meraih anugerah Emas di IQPC 2017. Penyertaan pertama KEJORA dalam peringkat antarabangsa ini ternyata tidak menghampakan. KEJORA akan terus berusaha menghasilkn lebih banyak inovasi yang dapat meningkatkan kualiti di masa akan datang melalui Kumpulan Inovatif dan Kreatif.

KEJORA TETAP UNGGUL DALAM INOVASI

img-20170802-wa0097img-20170802-wa0066

Pada 31 Julai 2017 hingga 2 Ogos 2017 yang lalu, KEJORA telah menghantar 2 kumpulan KIK iaitu PERINTIS dan CUBE ke Konvensyen Team Excellence Wilayah Selatan yang telah berlangsung di Hotel Ramada Melaka. Kedua-dua kumpulan telah beraksi dengan cemerlang dengan projek inovasi masing-masing sehingga berjaya meraih Anugerah EMAS. Diharapkan kedua-dua kumpulan ini akan terus mara ke Konvensyen Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada bulan November 2017. Tahniah dan syabas kepada KEJORA dan kumpulan yang terlibat.