KEJORA PERUNTUK LEBIH RM4 JUTA TINGKAT KEMUDAHAN AWAM DAN SOSIAL

KOTA TINGGI, 18 JUN 2017 – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) memperuntukkan lebih RM4 juta bagi meningkatkan kemudahan awam dan sosial untuk kampung di dalam kawasan operasi wilayah kelolannya tahun ini.

Pengurus Besar KEJORA Norazman bin Othman berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak RM2 juta diperuntukkan untuk membangunkan rumah anak yatim di Bandar Tenggara.

“Kita berharap dengan kewujudan rumah anak yatim ini akan meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh keluarga serta anak-anak ini bagi mendapatkan pendidikan yang baik. Seterusnya membantu mereka menjadi insan kamil yang cemerlang untuk berkhidmat kemabali kepada komuniti apabila dewasa kelak,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Wilayah KEJORA di perkarangan Asrama Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim (YKAY) Al-Husna Bandar Penawar kelmarin.

Hadirsama, Pengerusi YKAY Al-Husna Wilayah Johor Tenggara, Hamzah bin Isa, Timbalan Presiden Themed Attractions Resorts and Hotels Sdn Bhd, Azman Ismail dan Timbalan Presiden 2, UDA Holdings Berhad, A Karim Supok.

Pada majlis itu Norazman menyampaikan sumbangan hari raya sebanyak RM57,700 kepada 35 rumah anak-anak yatim dalam kawasan operasi wilayah KEJORA.

Tambah Norazman, KEJORA juga telah membangunkan Sekolah Tahfiz Darul Quran di Bandar Mas serta membantu pengurusan Sekolah Tahfiz Al-Iman di Kampung Tanjung Sedili agar pelajarnya dapat menikmati kemudahan lebih selesa dan sistem persekolahan yang lebih tersusun.

“Adalah menjadi harapan besar kami dan komuniti setempat untuk melihat sekolah ini menjadi pusat kecemerlangan ilmu di dunia serta akhirat,” katanya.

Terdahulu sebelum itu, majlis sama turut menyampaikan sumbangan Themed Attractions Resorts and Hotels Sdn Bhd sebanyak RM3,000.00.

KURSUS PEMAHAMAN DAN PEMANTAPAN SPK MS ISO 9001:2015

img-20170410-wa0008-gambar-utama
9-10 April 2017, Johor Bahru: Bahagaian Pentadbiran Dan Pengurusan Sumber Manusia selaku Urusetia kepada pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 telah mengadakan Kursus Pemahaman Dan Pemantapan SPK MS ISO 9001:2015 bertempat di New York Hotel selama dua (2) hari. Kursus ini telah disertai oleh seramai 27 peserta yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan 1.
Kursus ini bertujuan untuk memantapkan pemahaman pelaksanaan konsep-konsep ISO 9001:2015 dan Sistem Pengurusan Kualiti KEJORA, membincangkan ciri-ciri fleksibiliti dokumentasi mengikut keperluan Sistem Pengurusan Kualiti, menentukan kecekapan pelaksanaan SPK dan menyemak serta mengemaskini dokumentasi Sistem Pengurusan Kualiti untuk memenuhi keperluan dalam Standart ISO 9001:2015. Kursus ini juga merupakan persediaan kepada sesi Auditan Dalaman yang dijangka akan diadakan pada bulan Mei 2017.

img-20170410-wa0011img-20170410-wa0016

img-20170410-wa0015

PERINTIS DAN CUBE RAIH ANUGERAH EMAS

 

img-20170403-wa0050img-20170405-wa0027

3 April 2017, Johor Bahru – KEJORA telah menyertai Mini Konvensyen Team Excellence Wilayah Selatan yang berlangsung selama  1 hari di KSL Hotel & Resort Johor Bahru anjuran Malaysia Productivity Corporation (MPC). KEJORA telah diwakilil oleh 2 kumpulan inovatif dan kreatif (KIK) iaitu PERINTIS daripada Bahagian Perancangan Strategik dan CUBE daripada Lembaga Bandaran Johor Tenggara (LBJT).

Menerusi konvensyen tersebut, sebanyak 25 kumpulan telah membentangkan projek inovasi masing-masing dan kedua-dua kumpulan yang mewakili KEJORA iaitu PERINTIS dan CUBE telah berjaya meraih Anugerah EMAS.

PEMANTAPAN JURUAUDIT DALAM ISO/EC 27001:2013 ISMS KEJORA

img-20170321-wa0050

19-21 MAC 2017, Johor Bahru – Bahagian Teknologi Maklumat selaku urusetia kepada pelaksanaan ISO/IEC 27001:2013 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) telah mengadakan Kursus Audit Dalaman bertempat di Hotel Grand Bluewave Johor Bahru selama 3 hari. Kursus ini telah disertai oleh seramai 17 orang pegawai yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan 1.

Kursus ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada juruadit dalam yang dilantik tentang klausa-klausa yang terkandung dalam Standard ISO/IEC 27001:2013. Kursus ini juga merupakan persediaan kepada sesi Auditan Dalaman yang akan diadakan pada bulan April 2017.

img-20170320-wa0016img-20170321-wa0027img-20170321-wa0033img-20170321-wa0038

PPRT PALING BESAR, LENGKAP

17 Januari 2017, Kota Tinggi – Sebanyak 100 unit rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Taman Sinar Sedili di Tanjung Sedili di sini, siap dibina sekaligus menjadikan ia penempatan PPRT pertama melibatkan jumlah unit paling banyak di negeri ini.

sinar-harian-17-1

KEJORA RAIH 4 ANUGERAH PENGHARGAAN MENERUSI PERHIMPUNAN BULANAN KKLW 2016

28 NOVEMVER 2016, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah menerima penghargaan daripada KKLW di atas pencapaian dan kejayaan yang diraih sepanjang tahun 2016. KEJORA telah menerima empat (4) pengiktirafan dan penganugerahan sebagaimana berikut:

  1. Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan 5 Bintang
  2. Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015
  3. Pensijilan Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS)  ISO/IEC  27001:2015
  4. Penarafan Laman Web 5 Bintang dan Prestasi Web Paling Konsisten 2010-2015

Tahniah dan syabas kepada KEJORA, semoga kecemerlangan ini terus dapat dikekalkan serta dipertingkatkan di masa akan datang.

“KEJORA BERKUALITI, RAKYAT MENIKMATI”.

INDONESIA JUARAI KIC 2016

28 Oktober 2016 – KEJORA telah menganjurkan kejohanan bola sepak bertaraf antarabangsa yang turut dikenali sebagai KEJORA International Challenge 2016 yang telah berlangsung pada 22 hingga 28 Oktober 2016. KIC 2016 telah disertai oleh 13 pasukan yang mewakili dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Perlawanan telah dilangsungkan di dua lokasi bertempat di Stadium Bandar Penawar dan Mini Stadium Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail.

 

Selain perlawanan bola sepak, beberapa aktiviti menarik juga turut diadakan seperti Street Soccer, PS2, Klinik Bola, Fun Football dan lain-lain lagi.

Menerusi KIC 2016, pasukan ASIFA dari negara Indonesia telah dinobatkan sebagai Juara KIC 2016 dengan menewaskan pasukan SSTMI U15 dari Malaysia dengan jaringan gol 1-0.  Pasukan ASIFA telah membawa pulang piala kejohanan dan wang USD 2,000.

dsc_5118

KEJORA RANGKUL GELARAN NAIB JOHAN

img-20160928-wa0033

28 SEPTEMBER 2016, HOTEL BERJAYA WATERFRONT JOHOR BAHRU – KEJORA telah menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Sektor Awam Peringkat Negeri Johor Kali Ke-29 Tahun 2016 yang berlangsung selama 1 hari. Menerusi konvensyen tersebut, KEJORA telah menghantar dua kumpulan KIK iaitu Inspirasi Digital mewakili kategori Pengurusan manakala 2nd Chance mewakili kategori Teknikal. Kedua-dua kumpulan telah memberi sepenuh komitmen dengan membuat persembahan projek yang terbaik semasa konvensyen berlangsung.

icon-mobasts

Kumpulan KIK Inspirasi Digital telah berjaya mendapat Naib Johan Kategori Pengurusan melalui penghasilan inovasi Mobile Assets Tracking System atau MOBASTS yang tercetus daripada masalah Pemeriksaan Aset Alih Bahagian Teknologi Maklumat Mengambil Masa Yang Panjang. Kumpulan telah membawa pulang hadiah wang bernilai RM6,000.00 berserta piala iringan. KEJORA akan terus berusaha menghasilkan lebih banyak inovasi yang mampu meningkatkan mutu kerja dan pekhidmatan pada masa akan datang.

MOH NGETEH HARI KEBANGSAAN KKLW SEMARAKKAN SAMBUTAN HARI MERDEKA KE-59

FB_IMG_1472435031760

29 OGOS 2016 – Program Moh Ngeteh anjuran KKLW yang telah berlangsung secara serentak di 9 tempat dari wilayah KEJORA.

Senarai Tempat-Tempat yang terlibat :-

1) Ibu Pejabat KEJORA
2) Muzium Nelayan Tanjung Balau
3) Jati Kampung Tanjung Belungkur
4) Dewan Bandaran Bandar Tenggara
5) Bandar Bandaran Taman Sri Lambak
6) Mini RTC Kampung Contoh, Kahang
7) Mini RTC Tanjung Sedili
8) Mini RTC Layang-Layang
9) Pusat Rekreasi Kampung Mawai Baru

14103049_1116342778420206_6335021457128430018_o14088428_1116343011753516_601432023465526559_n14100489_1267877279890222_7505910067893869176_n14102219_1375500505812950_5565165387366101863_n

RAI ANAK YATIM BANDAR PENAWAR

Kota Tinggi, 5 Julai 2016 – Seramai 150 anak yatim sekitar Bandar Penawar diraikan dalam majlis berbuka puasa di Dewan Bayu Balau Beach Resort (Chalet Nelayan), Desaru dekat sini.

Sumber : Keratan Akhbar Sinar Harian, 4 Julai 2016.

Sinar Harian-5 Julai 2016