KEJORA TERIMA TARAF 5 BINTANG

Putrajaya : Sebanyak 10 agensi kerajaan yang mengamalkan tadbir urus keselamatan perlindungan terbaik menerima Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan 2014, sekali gus berjaya memperolehi penarafan lima bintang atau Cemerlang.

Berita Lanjut

JADUAL TAWARAN TENDER 2015

NO. KONTRAK : LKJT/UT/BP/P/2015/K289 – Cadangan Menaiktaraf Jalan Dan Sistem Perparitan Di Sebahagian Kawasan Perumahan Fasa 2B, Taman Mutiara Desaru Di Bandar Penawar, Mukim Tanung Surat, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim.

MAJLIS SIRIM INDUSTRI 2015

sirim1

Majlis SIRIM-Industri 2015 telah diadakan di Sunway Resort Hotel and Spa pada 13 November 2015. Acara besar ini telah dianjurkan oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Majlis ini dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi).

Majlis ini dihadiri oleh Timbalan Pengurus Besar KEJORA, Tuan Haji Samsuddin Hassan, Encik Wan Mohd Ashril Aizal bin Wan Abdullah, Pegawai-pegawai kanan serta pasukan pelaksana yang terlibat bagi meraikan kejayaan KEJORA melaksanakan Pensijilan Keselamatan Maklumat (ISMS) dengan skop pensijilan Pengurusan Perkhidmatan Perolehan di Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)

KEJORA TURUT RAIKAN HARI SUKAN NEGARA 2015

Pada 10 Oktober 2015 yang lalu, KEJORA turut sama menjayakan program Hari Sukan Negara Tahun 2015. Program telah diadakan bermula jam 7.30 pagi bertempat di Dataran Tasik, Bandar Penawar. Para peserta yang menjayakan program ini terdiri daripada warga KEJORA, penduduk sekitar Bandar Penawar dan pelajar-pelajar dari Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail.

Pengurus Besar KEJORA, Encik Norazman bin Othman telah memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan program Hari Sukan Negara Peringkat KEJORA Tahun 2015.

Program ini turut dimeriahkan dengan acara senamrobik dan cabutan nombor bertuah.

PROGRAM SEMINAR PEMERKASAAN JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN KAMPUNG (JKKK) DAN PENGGERAK GDW 3.0 BAGI TAHUN 2015

KEJORA melalui Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa (PSPD) telah melaksana Program Seminar Pemerkasaan Jawatankuasa Keselematan dan Kesejahteraan Kampung (JKKK) dan Penggerak GDW 3.0 bagi tahun 2015 pada 28 September 2015 bertempat di Dewan Bandaran Bandar Penawar. Seramai 68 peserta yang terdiri daripada Pengurusan Tertinggi JKKK dan Penggerak GDW Wilayah KEJORA telah menghadirkan diri. Majlis Penutupan program seminar ini telah disempurnakan oleh Tuan Pengurus Besar (Pembangunan). Program ini dilaksanakan adalah bertujuan sebagaimana berikut:

  • Memperkenalkan Penggerak baru dengan pemimpin kampung yang terkini.
  • Memberi pengetahuan terkini mengenai asas dan pengembangan Program Gerakan Daya Wawasan 3.0 (GDW 3.0) kepada Penggerak dan Kepimpinan kampung.
  • Menggalak proses kemesraan antara agensi yang diwakili oleh Penggerak dengan kepimpinan kampung.
  • Membantu mengatur strategi hala tuju organisasi kampung dalam usaha merealisasikan matlamat yamg telah ditetapkan.

Diharapkan program ini dapat memberi suntikan semangat kepada semua peserta untuk terus berusaha bagi memantapkan dan memgukuhkan pemgurusan JKKK sebagai kawasan yang produktif, maju dan berdaya saing.

KEJORA UNGGULI 4 ANUGERAH EMAS DALAM KONVENSYEN TEAM EXCELLENCE 2015 WILAYAH TENGAH

Pada 25, 26 dan 27 Ogos yang lalu, KEJORA telah menyertai Konvensyen Team Excellence 2015 Wilayah Tengah yang diadakan di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur. Melalui konvensyen tersebut KEJORA telah diwakili 4 kumpulan yang terdiri daripada 3 kumpulan ICC dan 1 kumpulan QE.

Secara keseluruhannya, kesemua kumpulan menunjukkan prestasi yang baik dari segi penyediaan projek, pelaporan serta persembahan.

Keputusannya, keempat-empat tersebut berjaya merangkul anugerah EMAS. Tahniah kepada kumpulan PERDANA, 2ND CHANCE, UNITE dan QE INSPIRASI.

 

 

 

KEJORA BANTU PELAJAR DALAM WILAYAH

Peruntukan RM600,000.00 untuk laksanakan program pendidikan sepanjang 2015

6 Ogos 2015- Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) memperuntukkan …. Berita Lanjut

PROGRAM QARYAH RAMADHAN PERINGKAT WILAYAH KEJORA

3 Julai 2015 bersamaan 16 Ramadhan 1436H (Jumaat) – Sempena kedatangan Bulan Ramadhan yang penuh barakah, KEJORA telah menganjurkan program Qaryah Ramadhan bertempat di Masjid Nurul Iman, Taman Sri Lambak, Kluang.

Majlis yang bermula seawal jam 4 petang, telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Muhamad Fuad Bin Haji Radzuan.

Antara pengisian program tersebut, penyampaian sumbangan hari raya kepada anak-anak yatim, fakir miskin dan saudara baru.

Sebelum berbuka puasa, para tetamu yang hadir telah diperdengarkan ceramah Qaryah Ramdahan yang disampaikan oleh Da’i Azam Al-Kankari iaitu Finalis Da’i Pendakwah Milenia Tv3.

Program ini merupakan salah satu acara tahunan KEJORA. Semoga program ini mendapat keberkatan dan akan diteruskan pada masa akan datang.