MEGA SUKANEKA RAKYAT

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan kerjasama Institut Kemajuan Desa (INFRA) akan menganjurkan Mega Sukaneka Rakyat sempena Karnival Usahawan Desa 2015 (KUD 2015) bermula pada 2 hingga 6 September 2015 (Selasa hingga Ahad) bertempat di tapak Karnival KUD 2015 (Zon D), Persint 3, Putrajaya.

Sehubungan dengan itu, penyertaan dari Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Swasta amat dialu-alukan bagi memeriahkan lagi karnival tersebut.

http://www.infra.gov.my/web/index.php/BM/blog/110-pengumuman/547-kud-2015-sukan-rakyat

CADANGAN PENYEDIAAN PENGANGKUTAN BAS BAGI PENGANJURAN KUD 2015

Seperti tuan/puan sedia maklum, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan menganjurkan Karnival Usahawan Desa (KUD) 2015 pada 2 hingga 6 September 2015 (Rabu hingga Ahad) bertempat di Presint 3, Putrajaya bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Majlis perasmian KUD 2015 akan disempurnakan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada hari Khamis, 3 September 2015 jam 3.00 petang.

Sehubungan dengan itu, Bahagian Pengupayaan Ekonomi (BPE) sebagai Penyelaras Karnival telah bekerjasama dengan Syarikat Pengangkutan Awam Putrajaya Sdn. Bhd untuk mengadakan perkhidmatan shuttle bas bagi orang awam yang berkunjung ke KUD 2015. Bersama-sama ini dikemukakan road map bagi penyediaan pengangkutan bas untuk rujukan dan perhatian pihak tuan/puan jua.

LAMAN ILMU

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dengan kerjasama Institut Kemajuan Desa (INFRA) akan menganjurkan Laman Ilmu bersama YBhg. Datuk Ustaz Kazim Elias sempena Karnival Usahawan Desa (KUD 2015) yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh                    : 3 September 2015 (Khamis)

Masa                      : 8.30 malam

Tempat                 : Tapak Karnival KUD 2015,  Presint 3, Putrajaya.

Artis Undangan : Opick

TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN KELAB ANGGOTA KEJORA (KAK) TAHUN 2015

Program Tadarus dan Khatam Al-Quran anjuran KAK akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh   : 09 Julai 2015 (Khamis) bersamaan 22 Ramadhan 1436H

Masa      : 2.00 petang

Tempat  : Dewan Bandaran, Bandar Penawar.

Semua anggota KEJORA dipersilakan hadir.

PROGRAM BERBUKA PUASA DAN SOLAT TARAWIKH KEJORA TAHUN 2015/1436H

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Berbuka Puasa dan Solat Tarawikh KEJORA akan diadakan sepanjang bulan Ramadhan Tahun 2015.

Program ini dilaksanakan di kampung-kampung Gerakan Daya Wawasan (GDW) yang terpilih di sekitar Wilayah KEJORA. Pihak Pengurusan dan anggota KEJORA turut serta dalam program ini.

Semoga program ini mendapat keberkatan dan mengeratkan ukhwah persaudaraan sesama Umat Islam.

PROGRAM QARYAH RAMADHAN PERINGKAT WILAYAH KEJORA TAHUN 2015M/1436H

Sempena mengimarahkan bulan Ramdhan yang penuh barakah, KEJORA akan mengadakan program Qaryah Ramadhan pada 3 Julai 2015 (Jumaat), bermula pada pukul 4.00 petang hingga 9.00 malam, bertempat di Masjid Nurul Iman, Taman Sri Lambak, Kluang.