Program Lawatan Kerja ke Pusat Kraftangan Pulau Carey

Program Lawatan Kerja ke Pusat Kraftangan Pulau Carey, Selangor dan Pulau Tuba, Langkawi telah diadakan pada 28 hingga 31 Januari 2020 dibawah anjuran Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA. Seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada anggota KEJORA, FRIM dan juga Kraf Johor telah menyertai program lawatan kerja ini.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai pengurusan dan operasi pusat kraftangan sedia ada. Hal ini sejajar dengan projek pembangunan baharu KEJORA iaitu untuk membangunkan sebuah Pusat
Penghasilan dan Pengumpulan Produk Kraftangan yang berasaskan mengkuang di Wilayah KEJORA

Di antara tempat-tempat yang dilawati adalah lawatan ke Pusat Kraf Orang Asli Jooh Mehmeri di Pulau Carey, Selangor dan Lawatan ke Pusat Penghasilan Kraf di Pulau Tuba serta ke Kompleks Kraf Langkawi.

#luarbandarsejahtera
#kplb
#kejora

Bengkel SPPII Dengan Kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)

Bahagian Perancangan Strategik KEJORA dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah berjaya menganjurkan Bengkel SPPII pada 2 Februari 2020, Ahad bertempat di Bilik Taklimat KEJORA. Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 30 orang peserta melibatkan Pegawai-pegawai KEJORA, KPLB dan juga Pejabat KPLB Negeri Johor. Penceramah yang berkongsi ilmu dan kemahiran pada sesi kali ini adalah En Azwan bin Abd Aziz, Penolong Pengarah, dari ICU.

#luarbandarsejahtera
#kplb
#kejora

 

 

MAJLIS SIGN OFF KHIDMAT PERUNDINGAN PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (PSICT), LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA 2021-2025

Pada 16 Disember 2019 (Isnin), telah berlangsung Majlis Sign-Off Khidmat Perundingan Pembangunan Pelan Strategik Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PSICT), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) bagi tempoh 2021-2025.

Khidmat rundingan ini dilaksanakan Bersama Unit Pemodenan dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang diketuai oleh Dr. Fazidah binti Abu Bakar (Perunding ICT, MAMPU), Puan Siti Sapura binti Raffee, Puan Suhaiza bin Sudirman dan Puan Nur Nuha binti Mohd Yusuff. Projek ini dilaksanakan bermula 7 Mac 2019 hingga 16 Disember 2019.

Majlis ini diketuai oleh Tuan Haji A. Jalil bin Arsad selaku Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan). Pembentangan hasil kajian telah dibentangkan oleh Tuan Haji Matriffin bin Md. Amin, selaku Pengurus Teknologi Maklumat yang telah dilantik untuk menjalankan tugas sebagai Pengurus Projek PSICT KEJORA.

Seterusnya, majlis disempurnakan dengan acara menurunkan tandatangan Sempena Sign-Off Projek Pembangunan ICT oleh Tuan Haji A. Jalil bin Arsad dan Puan Siti Sapura binti Raffee.

Tahniah diucapkan kepada semua yang memberi komitmen tinggi dan berterusan bagi menghasilkan PSICT KEJORA. Semoga sumbangan dan komitmen ahli pasukan yang telah berjaya membawa kepada keberhasilan Pelan Strategik ini dapat menjadi titik lonjakan mutu ICT di KEJORA dan kebajikan warga dan komuniti wilayah KEJORA.

LAWATAN KERJA YBhg DATUK CHE MURAD SAYANG BIN RAMJAN (TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KPLB)

Sekitar lawatan Kerja YBhg Datuk Che Murad Sayang Bin Ramjan selaku Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPLB ke Wilayah KEJORA. Lawatan dimulakan dengan melihat kawasan projek Pusat Penetasan Belangkas, projek Perumahan Tersusun Kampung Tuan Seh Fasa 2B dan juga lawatan ke Kampung Linting.

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM REWANG SEKAMPUNG BERSAMA LADY BIKERS CLUB

Sekitar Majlis Perasmian Program Rewang Sekampung Bersama Lady Bikers Club Sempena 1st Desaru International Bike Week 2019 pada hari ini yang telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Rasman Bin Ithnin selaku Adun Sedili bertempat di Dewan Terbuka Taman Sinar Sedili. Turut serta Yang Berusaha Encik Norazman Bin Othman selaku Pengurus Besar KEJORA, barisan Pengurusan KEJORA dan penduduk setempat. Sumbangan juga turut disampaikan kepada semua keluarga di Taman Sinar Sedili.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN SELANGKAH KE UNIVERSITI (UNIKL-KEJORA)

Majlis Perasmian Penutupan Selangkah Ke Universiti Bersama UNIKL-KEJORA Tahun 2019 telah berlangsung di UNIKL Mitec Pasir Gudang Johor. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBrs Encik Norazman bin Othman selaku Pengurus Besar KEJORA. Program ini berlangsung pada 10 sehingga 12 September 2019 dengan melibatkan 5 buah sekolah iaitu seramai 179 orang peserta dari pelajar tingkatan 6. Di antara sekolah yang terlibat ialah SMK Bandar Mas, SMK Adela, SMK Tan Sri Jaafar Alba, SMK Pengerang Utama dan SMK Lingiu. Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang kehidupan di Universiti. Pihak KEJORA berharap program ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat bagi memastikan hasrat melahirkan modal insan yang cemerlang dapat direalisasikan.

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS PEMESINAN COMPUTER NUMERICAL CONTROL (CNC)

 

Majlis Penyampaian Sijil Kursus Pemesinan Computer Numerical Control (CNC) Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) Wilayah KEJORA yang telah dirasmikan oleh Tuan Haji A.Jalil Bin Md. Arsad pada 8 September 2019 di Dewan Kuliah Utama, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang, Johor. Pihak Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah menjalinkan kerjasama melalui perkongsian pintar (smart partnership) antara pihak Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang dan Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) bagi pembangunan modal insan berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam pendidikan luar bandar di wilayah KEJORA iaitu Johor Tenggara. Kerjasama ini telah memberi impak yang tinggi kerana semua peserta seramai 50 orang yang berjaya menamatkan kursus ini telah mendapat pekerjaan atau penempatan kerja dan kini sedang bertugas sebagai Juruteknik Mesin atau Pembantu Teknik Pemesinan di 11 Industri Pembuatan yang berada di sekitar kawasan Pasir Gudang dan Johor Bahru. Tahniah diucapkan kepada semua peserta.

KEPUTUSAN MUKTAMAD TENDER 2019

KEPUTUSAN MUKTAMAD TENDER 2019

  • LKJT/PBD/KOTATINGGI-KLUANG/WA/2019/P002
  • LKJT/UT/LAYANG-LAYANG/WR/2017/K301
  • LKJT/UT/BP/WR/2019/K309
  • LKJT/UT/TB/P/2019/K310

 

Keputusan Muktamad Tender K301, K309 , K310 & P002

 

keputusan muktamad tender 2019