Program Lawatan Kerja ke Pusat Kraftangan Pulau Carey

Program Lawatan Kerja ke Pusat Kraftangan Pulau Carey, Selangor dan Pulau Tuba, Langkawi telah diadakan pada 28 hingga 31 Januari 2020 dibawah anjuran Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA. Seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada anggota KEJORA, FRIM dan juga Kraf Johor telah menyertai program lawatan kerja ini.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai pengurusan dan operasi pusat kraftangan sedia ada. Hal ini sejajar dengan projek pembangunan baharu KEJORA iaitu untuk membangunkan sebuah Pusat
Penghasilan dan Pengumpulan Produk Kraftangan yang berasaskan mengkuang di Wilayah KEJORA

Di antara tempat-tempat yang dilawati adalah lawatan ke Pusat Kraf Orang Asli Jooh Mehmeri di Pulau Carey, Selangor dan Lawatan ke Pusat Penghasilan Kraf di Pulau Tuba serta ke Kompleks Kraf Langkawi.

#luarbandarsejahtera
#kplb
#kejora

Bengkel SPPII Dengan Kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)

Bahagian Perancangan Strategik KEJORA dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah berjaya menganjurkan Bengkel SPPII pada 2 Februari 2020, Ahad bertempat di Bilik Taklimat KEJORA. Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 30 orang peserta melibatkan Pegawai-pegawai KEJORA, KPLB dan juga Pejabat KPLB Negeri Johor. Penceramah yang berkongsi ilmu dan kemahiran pada sesi kali ini adalah En Azwan bin Abd Aziz, Penolong Pengarah, dari ICU.

#luarbandarsejahtera
#kplb
#kejora

 

 

PELAWAAN PENAJAAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG SESI PENGAJIAN 2020/ 2021

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa semua warganegara Malaysia yang layak untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2020/ 2021 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di dalam dan luar negara dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang dan Kewangan Islam.
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang secara dalam talian (online) melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my mulai jam 5.00 petang, 10 Februari 2020 (Isnin) sehingga tarikh tutup permohonan pada 6 Mac 2020 (Jumaat). Tarikh akhir bagi mengemukakan borang permohonan yang lengkap secara serahan tangan atau pos ialah pada 6 Mac 2020 (Jumaat).
Sebarang maklumat lanjut mengenai penawaran ini, sila layari portal http://esilav2.jpa.gov.my atau hubungi talian 03 – 8885 3371/ 3879/ 3438/ 3569 pada setiap hari bekerja mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel pada  penawarldp@jpa.gov.my .

Jabatan Perkhidmatan Awam
Tarikh : 7 Februari 2020 
Tel : 03 – 8885 3096/ 3146/ 3088
Emel : komunikasi@jpa.gov.my
No. Ruj. : JPA.100-9/1/2 (80)

 

Pelawaan BYDPA dibuka pada 10 Feb 2020

LAWATAN KERJA YBhg DATUK CHE MURAD SAYANG BIN RAMJAN (TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KPLB)

Sekitar lawatan Kerja YBhg Datuk Che Murad Sayang Bin Ramjan selaku Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPLB ke Wilayah KEJORA. Lawatan dimulakan dengan melihat kawasan projek Pusat Penetasan Belangkas, projek Perumahan Tersusun Kampung Tuan Seh Fasa 2B dan juga lawatan ke Kampung Linting.

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM REWANG SEKAMPUNG BERSAMA LADY BIKERS CLUB

Sekitar Majlis Perasmian Program Rewang Sekampung Bersama Lady Bikers Club Sempena 1st Desaru International Bike Week 2019 pada hari ini yang telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Rasman Bin Ithnin selaku Adun Sedili bertempat di Dewan Terbuka Taman Sinar Sedili. Turut serta Yang Berusaha Encik Norazman Bin Othman selaku Pengurus Besar KEJORA, barisan Pengurusan KEJORA dan penduduk setempat. Sumbangan juga turut disampaikan kepada semua keluarga di Taman Sinar Sedili.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN SELANGKAH KE UNIVERSITI (UNIKL-KEJORA)

Majlis Perasmian Penutupan Selangkah Ke Universiti Bersama UNIKL-KEJORA Tahun 2019 telah berlangsung di UNIKL Mitec Pasir Gudang Johor. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBrs Encik Norazman bin Othman selaku Pengurus Besar KEJORA. Program ini berlangsung pada 10 sehingga 12 September 2019 dengan melibatkan 5 buah sekolah iaitu seramai 179 orang peserta dari pelajar tingkatan 6. Di antara sekolah yang terlibat ialah SMK Bandar Mas, SMK Adela, SMK Tan Sri Jaafar Alba, SMK Pengerang Utama dan SMK Lingiu. Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang kehidupan di Universiti. Pihak KEJORA berharap program ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat bagi memastikan hasrat melahirkan modal insan yang cemerlang dapat direalisasikan.

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS PEMESINAN COMPUTER NUMERICAL CONTROL (CNC)

 

Majlis Penyampaian Sijil Kursus Pemesinan Computer Numerical Control (CNC) Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) Wilayah KEJORA yang telah dirasmikan oleh Tuan Haji A.Jalil Bin Md. Arsad pada 8 September 2019 di Dewan Kuliah Utama, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang, Johor. Pihak Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah menjalinkan kerjasama melalui perkongsian pintar (smart partnership) antara pihak Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang dan Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) bagi pembangunan modal insan berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam pendidikan luar bandar di wilayah KEJORA iaitu Johor Tenggara. Kerjasama ini telah memberi impak yang tinggi kerana semua peserta seramai 50 orang yang berjaya menamatkan kursus ini telah mendapat pekerjaan atau penempatan kerja dan kini sedang bertugas sebagai Juruteknik Mesin atau Pembantu Teknik Pemesinan di 11 Industri Pembuatan yang berada di sekitar kawasan Pasir Gudang dan Johor Bahru. Tahniah diucapkan kepada semua peserta.