MINI CONVENTION TEAM EXCELLENCE 2015
 

Mini Convention Team Excellence telah diadakan pada 25 Mac 2015 di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru. Mini Convention Team Excellence merupakan salah satu kaedah menggalakkan Kumpulan ICC/KIK yang baru mendapat pendedahan dan membantu kumpulan-kumpulan baru meningkatkan keyakinan untuk membuat persembahan di peringkat wilayah dan seterusnya. Sejumlah 20 kumpulan ICC/KIK bertanding dan mempersembahkan projek mereka di konvensyen kali ini. Kumpulan yang mewakili KEJORA adalah Kumpulan KIK Unite bagi kategori Pengurusan dan Kumpulan KIK 2nd. Chance bagi Kategori Teknikal.

 

Kumpulan Unite daripada Bahagian Pembangunan Sosial Dan Pemajuan Desa yang diwakili oleh:-
Fasilitator – En. Mukhlis bin Moyo
Ketua Kumpulan – En. Ahmad Ajwad bin Ayub
Ahli Kumpulan – En. Hanafi bin Jantan, Pn. Nurazreen binti Mohd Yusof, Pn. Norizmaliza binti Abd Rahman, En. Mohamad Hairul bin Atan, Cik Aqmarishatun Nadwa binti Abd. Rahman, En. Rosli bin Saimo dan En. Mohamad Zamree bin Mosa.

 

Tajuk projek “Kekerapan Peserta Yang Menghadiri Kursus Program Pembangunan Modal Insan (PPMI) Tidak Menepati Sasaran

 

Pengiktirafan yang diterima adalah Anugerah Emas

 

Manakala Kumpulan KIK 2nd Chance dari Bahagian Kerajaan Tempatan Bandar Tenggara diwakili oleh:

Fasilitator – Tn. Hj. Samsudin bin Hassan
Ketua Kumpulan – Cik Nurhidayah binti Mohd. Dalip
Ahli Kumpulan – En. Adenan bin Hj. Pawi, Tn. Hj. Mohd. Salleh bin Haron, En. Suhaidi bin Jumadi, dan En. Mohd. Amin bin Samari.

 

Tajuk projek “Proses Kerja mengangkat Tong Sampah Kompaktor mengambil Masa Yang Lama”

 

Pengiktirafan yang diterima adalah Anugerah Emas dan Anugerah “The Most Promising Innovative & Creative Circle 2015”.

 

Pihak Pengurusan mengucapkan syabas dah tahniah kepada kedua-dua kumpulan tersebut.