Desa Lestari

PENDAHULUAN

PDL merupakan satu inisiatif KKLW di bawah Program Transformasi Kerajaan ( GTP ) 2.0 bagi memperkasa ekonomi masyarakat luar bandar melalui pelaksanaan projek-projek ekonomi secara berkomuniti.

Bermula pada tahun 2013, sebanyak 80 buah kampung di seluruh negara telah dikenalpasti serta memiliki potensi untuk dimajukan melalui pelaksanaan projek-projek ekonomi.

Sejak ia diperkenalkan, sebanyak 9 buah kampung dalam Negeri Johor telah dipilih untuk menyertai PDL. Daripada jumlah itu, 2 daripadanya merupakan Kampung Tradisi seliaan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara ( KEJORA ) iaitu Kampung Mawai, Kota Tinggi, Johor dan Kampung Isnin Maarof, Kluang, Johor.

Usaha ini merupakan satu inisiatif baru kerajaan untuk memperkasakan ekonomi penduduk luar bandar melalui inisiatif cooperative driven bagi memperkasa ekonomi masyarakat luar bandar dengan mendaya upaya koperasi sebagai agen pembangunan ekonomi di peringkat kampung

KRITERIA PENCALONAN KAMPUNG DI BAWAH PDL
  • Terbuka kepada kampung-kampung yang ditadbir oleh institusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Negeri atau Persekutuan;
  • Kampung-kampung yang berpotensi serta mempunyai sumber-sumber semulajadi untuk dibangunkan;
  • Mempunyai institusi kepimpinan kampung yang berupaya merancang dan melaksanakan aktiviti pembangunan dan kemasyarakatan serta mendapat sokongan daripada penduduk setempat;
  • Melaksanakan projek/aktiviti ekonomi (produk ikonik) secara berkomuniti dan berpotensi untuk dimajukan;
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 30% kumpulan belia yang tinggal dan aktif di kampung;
  • Kesediaan kampung untuk melaksanakan projek-projek ekonomi meliputi modal insan, sumber-sumber semulajadi, dokumentasi profil kampung yang lengkap serta tiada masalah sosial yang serius serta keadaan sosio-politik yang stabil; DAN
  • Kelebihan kepada kampung-kampung yang telah mendapat pengiktirafan di peringkat Kebangsaaan atau Negeri bagi tempoh 5 tahun kebelakang (pertandingan berkenaan dijalankan dari tahun 2010 dan ke atas).
PROJEK EKONOMI PDL

Kampung Mawai

  1. Projek Tanaman Cendawan Tiram
  2. Projek 2 unit Lori 3 Tan
  3. Projek Pembuatan Baja Organik
  4. Projek Ternakan Ayam Pedaging

Kampung Isnin Maarof

  1. Projek Perkhidmatan Food Truck
  2. Projek Pertanian Tanaman Nanas MD2