Introduction

Kampung Tradisi Wilayah KEJORA
Merupakan satu Falsafah dan Strategi Pembangunan Luar Bandar Ke Arah Tahun 2020 Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang menjadi teras Transformasi Kedua Pembangunan Luar Bandar supaya masyarakat luar bandar tidak tercicir dari arus pembangunan negara menerusi satu gerakan atau ‘movement’ yang dinamakan GERAKAN DESA WAWASAN (GDW).

Bahagian

Ke arah mencapai matlamat tersebut, strategi pembangunan luar bandar yang lebih tertumpu kepada sektor pertanian, penyediaan infrastruktur dan kemudahan asas (seperti pembinaan jalan kampung, bekalan elektrik, air, balairaya, masjid dan sebagainya) yang dilaksanakan sejak negara mencapai kemerdekaan perlu diubah, sesuai dengan keadaan dan persekitaran yang telah berubah serta usaha mencapai aspirasi Wawasan 2020.

Konsep/Program GDW

GDW adalah satu proses membangkitkan kesedaran dan pembangunan sikap penduduk desa untuk membawa perubahan dan pembangunan yang lebih pesat ke kawasan luar bandar. Gerakan ini menekankan kepada penggembelingan tenaga, daya usaha serta penglibatan aktif penduduk desa itu sendiri dalam proses perancangan dan pelaksanaan program pembangunan di desa mereka. Ia sebagai suatu gerakan rakyat yang akan memperkasakan (empowerment) rakyat ke arah menjadikan desa lebih “MAJU, MENARIK DAN MENGUNTUNGKAN”.