HARI KELUARGA “SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG”

Pada 4 Ogos 2018, telah berlangsungnya Program “Semakin Hari Semakin Sayang” sempena Hari Keluarga Kelab Anggota KEJORA 2018 bertempat di Pantai Tanjung Balau yang telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Norazman Bin Othman, Pengurus Besar KEJORA selaku Penaung Kelab Anggota KEJORA. Antara acara yang dijalankan Sukaneka, Soopa Doopa, Giant Bubble, Badut Comel dan Cabutan Bertuah.

Program ini bertujuan mengeratkan silaturahim antara anggota KEJORA dan ahli keluarga, menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nila-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan disamping mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan dikalangan anggota KEJORA sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja. Ia dapat mengukuhkan hubungan malah meningkatkan persefahaman sedia ada, kemesraan berinteraksi memperkukuhkan ikatan silaturahim yang sedia terjalin.

Terima Kasih kepada semua yang hadir.