|
| Profil Kampung | Hasil Kampung | Kemudahan | Ahli Jawatankuasa | |
PENGERAK (GDW):
En Jaffar Bin Nahar
Tel: 07-3551019.
E-mail: Tiada
Asal-usul Kampung Langkah Baik ini telah diceritakan oleh Tuan Hj. Abd Ghani b. Fadil. Beliau merupakan bekas Ketua Kampung Jawa pada tahun 1986 hingga 1997. Dari cerita orang tua-tua di kampung itu, beliau mengatakan bahawa Kampung Langkah Baik pada asalnya ialah Tanjung Stapa. Ceritanya bermula pada tahun 1800 dahulu dimana satu kumpulan ahli pemburu telah mendarat dipatai kampung ini dengan tujuan untuk menjalankan kegiatan memburu.Semasa sedang mereka memburu, hujan panas turun renyai-renyai dan mereka membuat keputusan untuk berlindung didalam sebuah gua yang terdapat dikawasan tanjung tersebut.Ketika mereka didalam gua tersebut, mereka telah memacakkan mata lembing mereka ketanah, Dengan tiba-tiba mata lembing yang mereka pacakkan tadi telah mengeluarkan air yang berwarna merah, yang disangkakan air namun begitu sebenarnya ialah darah dari seekor ular yang telah bertapa di dalam gua tersebut.Tanpa membuang masa, mereka keluar dari gua tersebut dan menamakan tempat tersebut sebagai Tanjung Setapa rentetan dari kejadian tersebut.
Satu riwayat yang lain, mengenai tanjung tersebut, pada masa dahulu, ada satu rombongan pengembara dari seberang laut telah dilanda ribut besar dan nyaris karam dilaut. Dalam keadaan terdesak, mereka terpaksa meneruskan pelayaran dan mengikut cerita, sebaik sahaja rombongan tersebut melalui kawasan kampung ini, tidak semena-mena ribut telah berhenti reda, tenang serta cuaca yang begitu baik lalu membuat keputusan untuk berhenti rehat. Mereka tertanya-tanya sasama sendiri apakah nama kampung ini, dan salah seorang mencadangkan kampung ini diberi nama "Kampung Langkah Baik".
Begitulah mengikut cerita orang-orang lama dikampung ini, mengenai asal-usul Kampung Langkah Baik dan Tanjung Stapa.Walau bagaimana pun sehingga kini kekal dengan nama "Kampung Langkah Baik".
![]() |
*Jalan masuk ke Kampung Langkah Baik*