Hasil KampungKu..
Hasil utama penduduk kampung ini merupakan dari hasil penangkapan ikan dilaut. Boleh dikatakan hampir 60% penduduk disini bekerja sebagai nelayan. Ini kerana keadaaan kampung ini yang berhampiran dengan laut. Hasil dari tangkapan tersebut kebanyakan dijual kepada peraih ikan dan ada juga ikan-ikan yang dihantar ke Singapura.

Berdasarkan kepada struktur tanah kampung ini, kita mendapati bahawa kedudukan struktur tanah kampung ini diliputi 70% dengan tanah pasir dan jika anda dapat mengunjungi kampung ini anda akan dapat melihat banyak tanaman kelapa disini.

Selain dari itu ada juga penduduk yang mengusahakan dusun buah-buahan seperti tanaman pisang, pelam dan durian. Oleh itu jika anda ingin merasai hasil tanaman tersebut silalah berkunjung ke Kampung Langkah Baik.

*Ikan yang segar bakal dihantar ke negara Singapura.

*Kebun Durian yang banyak mengeluarkan hasil.

*Tanaman pisang yang diusahakan sendiri oleh penduduk kampung.

Kembali ke Laman Utama