iCARE UTM-KEJORA

Pembangunan pendidikan adalah penting dalam membentuk modal insan yang berdaya saing terutama bagi penduduk luar bandar. Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) bermatlamat untuk mencapai pembangunan modal insan sebagai salah satu perancangan strategiknya. Bandar Penawar di bawah naungan KEJORA merupakan pusat pelancongan dan pendidikan di wilayah Johor Tenggara. Terdapat banyak entiti pendidikan di Bandar Penawar seperti Sekolah Sains Kota Tinggi, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bandar Penawar, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Kolej Komuniti Bandar Penawar, Kolej Professional MARA (KPM), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT). Integrasi antara entiti berkenaan dan seumpamanya dalam aspek perkongsian maklumat terutamanya bagi aktiviti-aktiviti berkaitan pendidikan dan kemahiran yang dapat ditawarkan kepada pemegang taruh termasuk pelbagai lapisan pelajar dan masyarakat setempat adalah amat penting. Maka pembangunan satu pusat yang dipanggil Pusat Kemajuan dalam Informatik Pendidikan Luar Bandar (iPKPLB) atau Centre for Advancement in Rural Education Informatics (iCARE) berperanan dalam mewujudkan suatu pelantar bagi mengintegrasikan pelbagai program dan aktiviti berkaitan pendidikan ke arah kelestarian pembangunan pendidikan luar bandar melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi iaitu dalam bidang informatik pendidikan. Projek ini diasaskan oleh Prof. Madya Dr Shahida Sulaiman dari Fakulti Komputeran, UTM.

Maklumat lanjut tentang iCARE sila layari portal iCARE di http://www.syerilmu.com/icare