IKLAN CADANGAN KERJA-KERJA MEMBINA DAN MENYIAPKAN KEMUDAHAN BEKALAN ELEKTRIK DI SG. MUPOR MUKIM ULU SG SEDILI BESAR-LKJT/UT/SG.MUPOR/P/2019/K308

  1. Tender   adalah   dipelawa    daripada   Kontraktor-Kontraktor   yang   berdaftar   di  Lembaga  Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia dan  Pusat Khidmat Kontraktor dalam  Gred dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini.
  2. Naskah Meja Tawaran akan dipamerkan mulai 16 JANUARI 2020 hingga 9 FEBRUARI 2020, semasa waktu pejabat di Unit Teknikal, Ibu Pejabat KEJORA, Jalan Dato’ Hj. Hassan Yunus, Bandar Penawar, 81930 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim.
  3. Dokumen tender akan dijual mulai 16 JANUARI 2020, di KAUNTER PEMBAYARAN BAHAGIAN KEWANGAN Ibu Pejabat KEJORA sehingga  30 JANUARI 2020. Kontraktor dikehendaki membawa sijil pendaftaran ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta sijil pengiktirafan taraf bumiputera yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) dan satu salinan bagi sijil- sijil tersebut semasa membeli dokumen tender.
  4. Wang Kiriman Pos/Wang Pos/Bank Draft berharga seperti yang dinyatakan dalam Jadual di atas dan dibuat atas nama Lembaga Kemajuan Johor Tenggara sebagai Bayaran Dokumen Tender dan bayaran ini tidak dikembalikan. Bayaran juga boleh dibuat secara kad debit/kredit di kaunter pembayaran bahagian kewangan KEJORA.
  5. LAWATAN TAPAK ADALAH DIWAJIBKAN. Kehadiran Lawatan Tapak Sebutharga/Tender Tidak Boleh Diwakili Selain Daripada Penama Yang Dibenarkan Di Dalam Sijil (RUJ: PEKELILING PERBENDAHARAAN MALAYSIA PK2/2013-KAEDAH PEROLEHAN KERAJAAN).
  6. Tender ini akan ditutup pada 9 FEBRUARI 2020. Dokumen Tender hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeterai serta dilabelkan seperti tajuk kerja di atas dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di Bahagian Kewangan, Bangunan Ibu Pejabat KEJORA, Jalan Dato’ Hj. Hassan Yunus, Bandar Penawar, 81930 Kota Tinggi, Johor pada hari tersebut sebelum jam 00 tengahari.
  7. Petender DIWAJIBKAN untuk mengisi harga tawaran di dalam Sistem ePro secara online di alamat https://eperolehan.kejora.gov.my/
  8. Untuk maklumat lengkap mengenai iklan Tender yang disebut boleh lihat seperti berikut :

iklan bekalan elektrik Sg mupor