IKLAN CADANGAN PEMBANGUNAN BERCAMPUR SELUAS 60.302 EKAR DI ATAS TANAH PTD 1315 MUKIM TANJUNG SURAT

  1.  Semua Syarikat/Organisasi/Pemaju yang berminat akan mempunyai kelebihan sekiranya memenuhi kriteria seperti berikut:

i) syarikat seratus peratus (100%) milik warganegara yang memiliki 40% pemegang saham Bumiputera dan yang berdaftar dengan suruhanjaya syarikat Malaysia (ssM) / Kementerian Kewangan                        Malaysia (KKM)

ii) Mempunyai rekod kewangan yang kukuh dan mempunyai jaminan kredit yang diiktiraf bagi menyokong pembiayaan projek

iii) Mempunyai rekod pencapaian atau pernah menerima/memenangi apa-apa anugerah kecemerlangan daripada badan atau institusi yang diiktiraf dalam projek pembangunan yang pernah                                   disempurnakan

iv) Memiliki jumlah tenaga kerja berpengalaman yang mencukupi bagi menjalankan projek ini

2. Dokumen RFP boleh didapati dengan mengemukakan bayaran secara Kiriman Wang / Draf Bank Sahaja (tidak dikembalikan) atas nama Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)              pada waktu pejabat (kecuali Cuti Umum, Jumaat & Sabtu) jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang (Ahad hingga Rabu) dan jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang (Khamis) bermula 16               Jan 2020 – 16 Feb 2020 sahaja. Syarikat/Organisasi/Pemaju hendaklah membawa bersama Surat Perwakilan Kuasa Semasa Membeli Dokumen RFP

3. Dokumen Tawaran RFP yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri atau “seal” dan dimasukkan ke dalam peti RFP di Kaunter Bahagian Kewangan, Lembaga          Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) tidak lewat dari tarikh dan masa tutup iaitu sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari. Tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang                          ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

4. KEJORA tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran dan tidak akan menanggung kos yang terlibat dalam penyediaan tawaran ini. Sebarang pertanyaan mengenai RFP di atas sila hubungi Siti           Noorhafizah Bt Wakiman (07-8843188)/ En. Husnul Hadi B. Bohari (07 – 8843187). Maklumat lanjut mengenai iklan ini dan profil KEJORA boleh dilayari di laman web kami                                   https://www.kejora.gov.my

 

Iklan Penuh

Final iklan cadangan pembangunan bercampur