Portal Rasmi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (kejora) | Pengenalan
1140
page,page-id-1140,page-child,parent-pageid-1136,page-template-default,ajax_updown_fade,page_not_loaded,smooth_scroll,boxed,,qode-theme-ver-2.6,wpb-js-composer js-comp-ver-4.4.3,vc_responsive

Pengenalan

Gerakan Desa Wawasan
Merupakan satu Falsafah dan Strategi Pembangunan Luar Bandar Ke Arah Tahun 2020 Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang menjadi teras Transformasi Kedua Pembangunan Luar Bandar supaya masyarakat luar bandar tidak tercicir dari arus pembangunan negara menerusi satu gerakan atau ‘movement’ yang dinamakan GERAKAN DESA WAWASAN (GDW).
Dilancarkan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 28 November 1994 di Bandar Pusat Jengka, Pahang. Sebagai salah satu usaha ke arah mencapai matlamat falsafah tersebut, Pelan Tindakan Proram GDW telah disediakan serta dimaklumkan kepada Mesyuarat Jemaah Menteri pada 3 Julai 1996 dan Gerakan Desa Wawasan telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri di Kampung FELCRA Seberang Perak, Daerah Hilir Perak pada 4 Julai 1996.
Ke arah mencapai matlamat tersebut, strategi pembangunan luar bandar yang lebih tertumpu kepada sektor pertanian, penyediaan infrastruktur dan kemudahan asas (seperti pembinaan jalan kampung, bekalan elektrik, air, balairaya, masjid dan sebagainya) yang dilaksanakan sejak negara mencapai kemerdekaan perlu diubah, sesuai dengan keadaan dan persekitaran yang telah berubah serta usaha mencapai aspirasi Wawasan 2020.
Konsep/Program GDW
GDW adalah satu proses membangkitkan kesedaran dan pembangunan sikap penduduk desa untuk membawa perubahan dan pembangunan yang lebih pesat ke kawasan luar bandar. Gerakan ini menekankan kepada penggembelingan tenaga, daya usaha serta penglibatan aktif penduduk desa itu sendiri dalam proses perancangan dan pelaksanaan program pembangunan di desa mereka. Ia sebagai suatu gerakan rakyat yang akan memperkasakan (empowerment) rakyat ke arah menjadikan desa lebih “MAJU, MENARIK DAN MENGUNTUNGKAN”.
Gerakan Daya Wawasan
GDayaW merupakan penambahbaikan kepada program dikenali sebelum ini sebagai Gerakan Desa Wawasan (GDW) dan telah diubahsuai menjadi Gerakan Daya Wawasan (GdayaW) bagi mengubah pemikiran warga desa secara lebih berkesan untuk mencapai Wawasan 2020 dengan diberi nafas baru dan telah dilancarkan semula oleh bekas Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad pada 26 Julai 2003 di Stadium Bukit Jalil .
Senario kejayaan pembangunan luar bandar hanya lebih tertumpu dalam bidang fizikal dan pembasmian kemiskinan. Pencapaian agak terbatas dalam pembangunan ekonomi dan pembangunan manusia sedangkan ianya merupakan satu daripada strategi terpenting dalam pembangunan negara seperti termaktub di dalam DEB, DPN dan DWM. Begitu juga di dalam gerakan pembangunan luar bandar, pembangunan manusia dijadikan teras seperti di dalam Gerakan Pembaharuan, Gerakan Jati Diri, Pendekatan halacara Baru Pembangunan Luar Bandar, Falsafah dan Strategi Baru Pembangunan Luar Bandar dan Gerakan Desa Wawasan.

Dengan ini pelancaran Gerakan Daya Wawasan (GdayaW) adalah merupakan sintesis strategik dan penambahbaikan daripada dua pendekatan utama pembangunan luar bandar iaiu Hala Cara Baru (1984) dan Gerakan Desa Wawasan (1986) dengan memberi penekanan kepada DAYA (suatu kekuatan dan keinginan atau keghairahan yang terdapat pada diri/keluarga dan komuniti serta persekitaran hidupan yang disedari akan potensi untuk menghasilkan kecemerlangan) iaitu 3 DAYA :

 

“DAYA MANUSIA”, “DAYA EKONOMI”, “DAYA PASARAN”
Newsletter

 

Langgan RSS melalui E-mel

 

 

Acara

Februari, 2017

Saring Pilihan

Tiada acara

 

PEMBERITAHUAN PENGURUSAN ADUAN PELANGGAN


Berikutan pembubaran Lembaga Bandaran Johor…
Lagi

 

Blog Pelancongan KEJORA


Sila layari Blog Pelancongan KEJORA untuk…
Lagi

 

SENARAI NAMA PENGGERAK DAN KAMPUNG JKKK


Info Lanjut
Lagi

 

FORMAT PROFIL KAMPUNG DAN PELAPORAN PENGGERAK


PROFIL KAMPUNG PELAPORAN PENGGERAK
Lagi