Penggerak dan Pengerusi JKKK

SENARAI TUGAS PENGGERAK
  1. Menghadiri Mesyuarat MPKK yang diadakan setiap bulan.
  2. Menghadiri program dan aktiviti yang dianjurkan oleh MPKK dan yang melibatkan MPKK seliaan.
  3. Membimbing MPKK bagi menyediakan dokumen-dokumen rasmi mengikut format yang telah ditetapkan seperti surat, kertas kerja dan laporan.
  4. Membimbing MPKK untuk menguruskan dokumen-dokumen yang telah diwujudkan supaya dapat diakses semula apabila diperlukan.
  5. Membimbing MPKK dalam penganjuran sesuatu program dan aktiviti komuniti setempat mahupun di peringkat yang lebih tinggi.
  6. Membimbing MPKK mengurus dan mentadbir kampung termasuk kampung-kampung rangkaian di bawah seliaannya.
  7. Berperanan sebagai orang tengah dan pemudahcara kepada MPKK dalam usaha menyelesaikan sebarang masalah dan keperluan komuniti.
  8. Membimbing MPKK bagi mendapatkan maklumat-maklumat terkini dan memasukkan data-data Profil Kampung ke dalam Sistem Profil Kampung (SPKPN)
SENARAI NAMA PENGGERAK