MATLAMAT JKKMB
1. Menggalakkan penyertaan ahli-ahli dalam satu sistem pentadbiran berbentuk demokrasi dan pemuafakatan terutamanya di dalam menyelesaikan masalah kemasyarakatan yang timbul di bandar-bandar.
2. Merapatkan perhubungan dan kerjasama di antara penduduk, majikan-majikan, pengurusan KEJORA dan agensi-agensi Kerajaan yang ditempatkan di bandar-bandar tersebut.
3. Menyediakan saluran kepada penduduk untuk mengemukakan masalah, pandangan atau melaksanakan sesuatu kegiatan bagi kepentingan penduduk.
4. Menyediakan satu badan induk untuk mengawasi, membimbing dan membantu biro-biro, pertubuhan-pertubuhan sukarela dan Jawatankuasa-Jawatankuasa lain di bandar-bandar tersebut dalam menjalankan kegiatan mereka.
Tugas dan Tanggungjawab
1. Menubuhkan Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil/Biro:
a) Biro Ekonomi
b) Biro Pendidikan
c) Biro Belia dan Sukan
d) Biro Agama
e) Biro Wanita
f) Biro Keselamatan
g) Biro Kebajikan
2. Menetapkan tarikh mesyuarat Jawatankuasa serta tarikh mesyuarat lain yang berkaitan dengan Jawatankuasa.
3. Mengendalikan segala tindakan dan rancangan JKKMB dan menyelaras serta mengawasi tugas-tugas dan perjalanan biro-biro.
4. Menyokong serta membantu mencapai matlamat dan tanggunjawab Jawatankuasa.
5. Mengumpulkan data-data dan maklumat-maklumat yang lengkap mengenai bandar seperti penduduk, kegiatan-kegiatan kemasyarakatan dan maklumat-maklumat lain tentang sosio-ekonomi dan mengemaskinikannya dari masa ke semasa bagi tujuan perancangan, penyelarasan, pelaksanaan projek-projek pembangunan dan kegiatan-kegiatan kemasyarakatan yang dijalankan di bandar dan kawasan berhampiran.