PERLEMBAGAAN
JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN MASYARAKAT
BANDAR-BANDAR KEJORA
PINDAAN 2009

MATLAMAT DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN
MASYARAKAT BANDAR-BANDAR BARU KEJORA

 

1.0
MATLAMAT
Matlamat dan tanggungjawab Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Masyarakat Bandar-Bandar Baru KEJORA ialah sebagaimana berikut:
1.1 Menggalakkan penyertaan ahli-ahli dalam satu sistem pentadbiran berbentuk demokrasi dan permuafakatan terutamanya di dalam menyelesaikan masalah kemasyarakatan yang timbul di bandar-bandar.
1.2 Merapatkan perhubungan dan kerjasama di antara penduduk, majikan-majikan, pengurusan KEJORA dan agensi-agensi kerajaan yang ditempatkan di bandar-bandar tersebut.
1.3 Menyediakan saluran kepada penduduk untuk mengemukakan masalah, pandangan, atau mengemukakan permohonan bagi melaksanakan sesuatu kegiatan bagi kepentingan penduduk.
1.4 Menyediakan satu badan induk untuk mengawasi, membimbing dan membantu biro-biro, pertubuhan-pertubuhan sukarela dan jawatankuasa-jawatankuasa lain di bandar-bandar tersebut dalam menjalankan kegiatan mereka.
1.5 Melaksanakan aktiviti ekonomi untuk mendapatkan hasil bagi membiayai program-program yang dilaksanakan.
0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Tinggalkan Balasan