3.0
BIDANG TUGAS/ PERANAN AHLI JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN BANDAR-BANDAR BARU KEJORA
3.1 PENGERUSI
i. Mempengerusikan mesyuarat perancangan dan penyelarasan jawatankuasa dua (2) bulan sekali atau sekiranya perlu sebulan sekali.
ii. Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat lain yang berkaitan dengan jawatankuasa.
iii. Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perjalanan pentadbiran dan pelaksanaan program dan rancangan yang diatur oleh jawatankuasa di peringkat bandar.
iv. Mengawasi perjalanan jawatankuasa dalam segala aspek
v. Menjadi penyelaras di antara penduduk dengan KEJORA dan di mana perlu dengan anggota kerajaan, agensi-agensi atau jabatan-jabatan kerajaan lain seperti penghulu, KEMAS, Jabatan Pendidikan, Jabatan Pos dan lain-lain.
vi. Bertanggungjawab memberikan pandangan / cadangan terhadap pembangunan Bandar.
vii. Melaksanakan tanggungjawab berteraskan Kod Etika Pengerusi sebagaimana berikut :
a. INTEGRITI
Huraian: Melaksanakan tugas dengan setulus hati dan memiliki sifat kebertangunggjawaban (akauntabiliti) demi kepentingan JKKMB.b. KOMITED
Huraian: Memberi komitmen sepenuhnya terhadap tanggungjawab di bawah JKKMB di samping tugas hakiki.c. JUJUR DAN TELUS
Huraian: Sentiasa jujur, telus dan adil sepanjang menjalankan tugas.d. PROFESIONAL
Huraian: Melaksanakan kerja dengan penuh teliti, tekun dan bersungguh-sungguh sebagai Pengerusi.