6.0 |
KEISTIMEWAAN | ||||
6.1 | Setiap Ahli Jawatankuasa berhak menikmati keistimewaan yang diperuntukan kepadanya dari semasa ke semasa oleh pihak pengurusan KEJORA. | ||||
6.2 | Setiap jawatankuasa berhak menyuarakan pandangan, pendapat, atau mengemukakan permohonan, asalkan pandangan, pendapat tersebut tidak menyentuh polisi dan dasar pihak pengurusan atau kerajaan. | ||||
6.3 | Pemberian Elaun Tetap bagi Naib Pengerusi dan Setiausaha akan dilaksanakan berdasarkan peruntukan semasa. | ||||
6.4 | Kajian terhadap kenaikan kadar elaun menghadiri mesyuarat akan dibuat berdasarkan peruntukan semasa. | ||||
6.5 | Penggunaan kad jawatankuasa sebagai pengiktirafan dan identiti Ahli JKKMB. | ||||
6.6 | Jawatankuasa ini adalah dibenarkan untuk mendapatkan atau membeli aset atas nama jawatankuasa dengan nasihat dan pandangan Pengerusi dan kelulusan pihak pengurusan KEJORA terlebih dahulu. | ||||
6.7 | Menghadiri kursus-kursus yang akan dikendalikan oleh KEJORA dalam tempoh lantikan. | ||||
6.8 | Diberikan potongan harga bagi sebarang sewaan peralatan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak Lembaga Bandaran Johor Tenggara sekiranya permohonan adalah berdasarkan nama JKKMB dan keperluan jawatankuasa ini. |
Leave a Reply
Want to join the discussion?Feel free to contribute!