2.0
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
2.1 Menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa kecil/biro;
a.    Biro Ekonomi dan Keusahawanan
b.    Biro Pendidikan
c.    Biro Belia, Sukan dan Kebudayaan
d.    Biro Agama
e.    Biro Wanita
f.     Biro Keselamatan
g.    Biro Pembangunan Insan
2.2 Menetapkan tarikh mesyuarat jawatankuasa serta tarikh mesyuarat lain yang berkaitan dengan jawatankuasa.
2.3 Mengendalikan segala tindakan dan rancangan JKKMB dan menyelaras serta mengawasi tugas-tugas dan perjalanan biro-biro.
2.4 Menyokong serta membantu mencapai matlamat dan tanggungjawab jawatankuasa.
2.5 Mengumpulkan data-data dan maklumat-maklumat yang lengkap mengenai bandar seperti penduduk, kegiatan-kegiatan kemasyarakatan dan maklumat-maklumat lain tentang sosio-ekonomi dan mengemaskinikannya dari semasa ke semasa bagi tujuan perancangan, penyelarasan, pelaksanaan projek-projek pembangunan dan kegiatan-kegiatan kemasyarakatan yang dijalankan di bandar dan kawasan berhampiran.
2.6 Sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencari jalan bagi mengeratkan perpaduan dan persaudaraan di kalangan penduduk melalui kegiatan-kegiatan dan perkumpulan yang dirancang dengan baik dan teratur.
2.7 Berhubung rapat dan bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin masyarakat yang lain untuk tujuan mengeratkan perpaduan.