Portal Rasmi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (kejora) | Mini RTC
264
page,page-id-264,page-parent,page-child,parent-pageid-47,page-template-default,ajax_updown_fade,page_not_loaded,smooth_scroll,boxed,,qode-theme-ver-2.6,wpb-js-composer js-comp-ver-4.4.3,vc_responsive

Mini RTC

PengenalanKoleksi Gambar Mini RTCObjektif Mini RTC
Mini RTC pada dahulunya dikenali sebagai Medan Infodesa (MID) yang telah dinaiktaraf selaras dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Bajet 2013 yang lalu. Cadangan penaiktarafan ini adalah merupakan usaha pihak Kerajaan untuk mempercepatkan transformasi luar bandar sebagai kawasan yang produktif, maju dan berdaya saing.

 

Kini, peranan Mini RTC menjadi semakin meluas dan tidak terhad, berbanding dengan MID yang hanya berfungsi sebagai pusat ICT dan tertumpu kepada pelaksanaan program-program merapatkan jurang digital. Mini RTC akan menjadi platform untuk menyelaras semua program daripada pelbagai Agensi/Jabatan berlandaskan konsep Strategi Lautan Biru Nasional 5 (NBOS 5 dan NBOS 8).

 

Langkah menaiktaraf MID kepada Mini RTC juga akan memperluaskan skop, peranan dan fungsi Pengurus sedia ada. Fokus kini tertumpu kepada usaha menggalakkan kolaborasi pelbagai agensi/jabatan/swasta dalam aspek tenaga dan kepakaran bagi melaksanakan program di premis Mini RTC. Kolaborasi ini dijalankan dengan memaksimakan penggunaan sumber sedia ada di pelbagai Kementerian yang terlibat bagi mencipta lonjakan dalam pembangunan luar bandar melalui penjimatan kos serta pelaksanaan program/aktiviti dalam tempoh yang singkat (quick win).

Objektif Mini RTC :

  1. Sebagai ‘One Stop Centre’ kepada penduduk luar Bandar.
  2. Menyediakan prasarana untuk penduduk kampung memasarkan produk keluaran
    mereka bagi meningkatkan taraf sosial ekonomi.
  3. Sebagai ‘Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan’.

Pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang
disediakan oleh Mini RTC Wilayah KEJORA seperti berikut :

BIL MINI
RTC

BILANGAN KOMPUTER
PAUTAN
MINI RTC DAERAH
1. Mini RTC
Kg. Mawai Baru
20 buah

http://midenam.wordpress.com/
MINI RTC MUKIM
1. Mini RTC
Tanjung Sedili
10 buah

http://midsatu.wordpress.com/
2. Mini RTC
Layang-layang
10 buah

http://midkp.wordpress.com/
3. Mini RTC
Sungai Kapal
10 buah

http://midsgkapal.wordpress.com/
4. Mini RTC
Bukit Raja
10 buah

http://midbktraja.wordpress.com/
5. Mini RTC
Kahang
10 buah

http://middua.wordpress.com/
Newsletter

 

Langgan RSS melalui E-mel

 

 

Acara

April, 2017

Saring Pilihan

Tiada acara

 

PEMBERITAHUAN PENGURUSAN ADUAN PELANGGAN


Berikutan pembubaran Lembaga Bandaran Johor…
Lagi

 

Blog Pelancongan KEJORA


Sila layari Blog Pelancongan KEJORA untuk…
Lagi

 

SENARAI NAMA PENGGERAK DAN KAMPUNG JKKK


Info Lanjut
Lagi

 

FORMAT PROFIL KAMPUNG DAN PELAPORAN PENGGERAK


PROFIL KAMPUNG PELAPORAN PENGGERAK
Lagi