Lawatan Kerja Timbalan Menteri 1, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Yang Berhormat Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad

Pada hari ini, telah berlangsungnya Lawatan Kerja Timbalan Menteri 1, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Yang Berhormat Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad Ke Parlimen Pengerang. Turut hadir ialah Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Merangkap Ahli Parlimen Pengerang, YB Dato’ Sri Azalina binti Dato’ Othman Said; Pengerusi KEJORA, YB Dato’ Haji Che Zakaria bin Mohd Salleh; Pengurus Besar KEJORA, YBrs.Tuan Haji A. Jalil bin Md Arsad; ADUN Kawasan Penawar, YB Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain; ADUN Kawasan Tanjung Surat, YB Dato’ Ir Syed Sis bin Syed Abdul Rahman dan wakil-wakil agensi.
Program dimulakan dengan Sesi Taklimat Pembangunan Projek Perumahan di Taman Penawar Harmoni dan Perumahan Tanjung Buai oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA iaitu Encik Daud bin Abd Rahman. Taklimat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Lavender,Lotus Desaru Beach Resort.
Seterusnya adalah penyerahan jentera mini Kubota bertempat di Muzium Nelayan Tanjung Balau. YB Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad telah menyampaikan dua buah jentera mini Kubota kepada Encik Mohamad Suhaimi bin Abdul Rahim (Projek Tanaman Nanas MD-2) dan Koperasi Wawasan Kampung Tuan Seh Berhad (Projek Pertanian Bersepadu). Tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk membantu usahawan tani di wilayah KEJORA yang telah melaksanakan projek-projek pertanian yang berdaya maju secara kecil-kecilan serta konsisten dan berpotensi tinggi untuk dikembangkan lagi kearah pengeluaran yang lebih besar.