Bahagian Pelancongan

A. OBJEKTIF

Menjadikan sektor pelancongan sebagai salah satu pemangkin utama bagi pertumbuhan ekonomi wilayah Johor Tenggara menerusi penyelidikan pelbagai kemudahan dan tarikan pelancong sama ada kerajaan dan pihak swasta.

B. FUNGSI

1. Pembangunan Projek

  1. Mengenal pasti, mengkaji dan merancang pembangunan pelancongan di wilayah KEJORA
  2. Memantapkan dan menambah nilai produk-produk pelancongan yang sedia ada.
  3. Merancang untuk mendapatkan peruntukan
  4. Menyelaras dan memantau projek-projek pelancongan milik KEJORA.
  5. Mengenal pasti dan mengkaji produk-produk baru.
  6. Menyelaras pembangunan produk baru.
  7. Perancangan dan pelaksanaan kajian pemasaran dan promosi.

2. Pemasaran & Promosi

  1. Merancang dan menyertai program pemasaran dan promosi di peringkat domestik dan antarabangsa yang dianjurkan oleh kerajaan atau swasta.
  2. Bertindak sebagai peneraju dalam menjalin hubungan kerjasama (networking) dengan badan-badan kerajaan, pihak swasta dan pengusaha –pengusaha di wilayah KEJORA.
  3. Merancang dan menganjurkan aktiviti pelancongan.

3. Pelancongan Desa

  1. Merancang, melaksana dan menyelaras kursus-kursus berkaitan sektor pelancongan
  2. Menyelaras dan memantau pelaksanaan projek yang dijalankan oleh usahawan Wilayah KEJORA.
  3. Memantau keberkesanan pelaksanaan projek GDW.
  4. Menyelaras kewangan dan bajet pengurusan dan pembangunan.

4. Penganjuran Acara Tahunan

  1. FESENI @ Punggai 2019
  2. Punggai Carnival Fishing Challenge
  3. KEJORA Majestic Heritage Treasure Hunt
  4. Jamboree @ Desaru (Beach War Machine)
  5. Karnival Aspirasi Pendidik @ Muzium Nelayan Tanjung Balau
  6. Muntahak Outdoor Challenge @ KEJORA 2019
  7. Bandar Tenggara Outdoor Motocross Challenge
  8. Hari Haiwan Sedunia