Portal Rasmi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (kejora) | Bahagian Kerajaan Tempatan
1353
page,page-id-1353,page-child,parent-pageid-739,page-template-default,ajax_updown_fade,page_not_loaded,smooth_scroll,boxed,,qode-theme-ver-2.6,wpb-js-composer js-comp-ver-4.4.3,vc_responsive

Bahagian Kerajaan Tempatan

A. OBJEKTIF

  1. Melaksanakan kuasa pentadbiran dan perkhidmatan di Bandar-Bandar Baru KEJORA mengikut Seksyen 7 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Undang-undang Kecil serta undang-undang yang dikuatkuasa.
  2. Meningkatkan mutu perkhidmatan Kerajaan Tempatan KEJORA dalam melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan kebersihan di Bandar-Bandar Baru KEJORA dengan mengadakan kemudahan-kemudahan yang lebih baik untuk kesejahteraan masyarakat.

 

B. FUNGSI- FUNGSI UTAMA BAHAGIAN KERAJAAN TEMPATAN
Fungsi Lembaga Bandaran Johor Tenggara (LBJT) mula dilaksanakan dan dikuatkuasakan pada 8 Julai 1983 mengikut Seksyen 7, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Kuasa-kuasa yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada KEJORA sebagaimana Enakmen Bil.7 (penyerahan tugas kepada KEJORA):

  1. Di bawah Seksyen 5 – LBJT boleh bertindak sebagai pemungut di bawah Kanun Tanah Negara.
  2. Di bawah Seksyen 7 – LBJT boleh menjalankan tugas sebagai Lembaga Bandaran.

 

Tugas dan fungsi LBJT mengikut unit adalah sebagaimana berikut:

Unit Kebersihan Dan Pelesenan

  1. Memproses permohonan, mengeluarkan, memperbaharui dan membatalkan lesen tred gerai, pasar awam dan pasar malam.
  2. Menyedia, mengurus dan mengawal perkhidmatan pungutan dan pelupusan sampah, pembersihan parit, longkang, jalan, kawasan lapang dan pemotongan rumput.
  3. Menyediakan perkhidmatan kesihatan am termasuklah kawalan mutu makanan  dan kawalan penyakit bawaan vektor.
  4. Penyewaan gerai-gerai milik LBJT.

 

Unit Bangunan

  1. Melaksanakan proses kelulusan dan penguatkuasaan undang-undang di bawah kawalan pembangunan.
  2. Pengeluaran pelbagai permit dan lesen yang berhubung-kait dengan bangunan.
  3. Menyeliaselenggara kemudahan awam dan aset LBJT.

 

Unit Senitaman

  1. Merancang program pengindahan bandar-bandar KEJORA bagi keselesaan, keharmonian dan keselamatan pengguna atau penduduk.
  2. Melaksanakan Aktiviti Persiapan sesuatu majlis yang diperlukan untuk kepuasan hati pelanggan.
  3. Mengawal dan menyelaras aktiviti perlandskapan di bandar-bandar baru KEJORA
  4. Memastikan segala laporan berkenaan aduan awam diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.
Newsletter

 

Langgan RSS melalui E-mel

 

 

Acara

Ogos, 2017

Saring Pilihan

Tiada acara

 

ISTILAH ICT BIL. 10/2017


YBhg. Dato’/YBrs. Dr./Tuan/Puan. YBhg. Dato’/YBrs.…
Lagi

 

NOTIS PENTING - SEMUA PEMBEKAL/KONTRAKTOR/SYARIKAT



Lagi

 

PEMBERITAHUAN PENGURUSAN ADUAN PELANGGAN


Berikutan pembubaran Lembaga Bandaran Johor…
Lagi

 

Blog Pelancongan KEJORA


Sila layari Blog Pelancongan KEJORA untuk…
Lagi