Unit Pentadbiran

  1. Mentadbir segala urusan pentadbiran am jabatan.
  2. Menguruskan segala aturcara majlis, mesyuarat dan sebagainya yang berkaitan dengan LBJT.
  3. Menyelaras dan menyelenggara segala aspek dokumentasi LBJT.
  4. Mengawal dan memastikan keperluan serta kebajikan kakitangan dijaga dan dipenuhi.
  5. Mengawal dan menjaga segala aset dan harta jabatan.
  6. Memastikan kakitangan sentiasa mencukupi bagi memastikan operasi jabatan dapat berjalan dengan lancar.
  7. Menguruskan sistem fail LBJT Bandar Penawar dan Bandar Tenggara.

 

Unit Kewangan

  1. Mengawal segala perbelanjaan LBJT.
  2. Menyedia dan mengemaskini segala rekod perbelanjaan LBJT.
  3. Memungut segala hasil LBJT.

 

Unit Elektrik

  1. Bertanggungjawab ke atas kerja-kerja dan projek yang melibatkan elektrikal dan mekanikal.
  2. Bertanggungjawab ke atas urusan pentadbiran LBJT dalam perkara teknikal yang berkaitan.

 

Unit Penilaian Dan Cukai Harta

  1. Menguruskan segala aspek penilaian semula harta.
  2. Melakukan kerja-kerja taksiran.
  3. Mengatur dan menyelaras pendengaran bantahan ke atas nilaian.
  4. Menyediakan tuntutan caruman bantu kadar.
  5. Membuat tuntutan cukai harta ke atas pegangan berkadar.
  6. Menguruskan pindahmilik ke atas pegangan berkadar.

 

Unit Penguatkuasaan

  1. Menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang yang telah diperuntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, Akta 133 dan Undang-undang kecil yang telah di wartakan di LBJT.
  2. Membanteras bangunan, gerai-gerai haram dan pertubuhan warung tolak tanpa lesen.
  3. Mengawasi aktiviti perniagaan dan perindustrian serta memastikan premis-premis perusahan, penjaja dan tred mematuhi syarat pelesenan dan mempunyai lesen.
  4. Menerima, menyiasat dan mengambil tindakan secepat mungkin ke atas aduan awam yang diterima.
  5. Mengawasi dan mengambil tindakan kompaun ke atas orang ramai, syarikat dan perkedaian yang melanggar mana-mana undang-undang di bawah Akta 171, Akta 133, dan Undang-undang Kecil LBJT.
  6. Membuat rondaan penguatkuasaan bagi memastikan keadaan di persekitaran bersih dan teratur dengan membuat pemeriksaan di kawasan kedai, kilang, rumah dan lain-lain.
  7. Mengalih, meroboh dan merampas apa jua halangan tertakluk pada arahan serta merekod dan menyelenggara barang rampasan tersebut.
  8. Memeriksa pelesenan bagi pemasangan banting, papan tanda / iklan.
  9. Membantu dan bekerjasama dengan unit serta Bahagian lain di LBJT dalam operasi yang dirancang / berkaitan berdasarkan undang-undang yang telah diwartakan.
  10. Menjalankan tugas membantu pihak polis, jabatan agama islam dalam membanteras kes-kes yang berkaitan dengan jenayah dan perlakuan sumbang di kalangan penduduk.
  11. Menjalankan tugas pemeriksaan mengejut jika menerima aduan dan tertakluk pada arahan-arahan yang diterima.