Portal Rasmi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (kejora) | Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia
745
page,page-id-745,page-child,parent-pageid-739,page-template-default,ajax_updown_fade,page_not_loaded,smooth_scroll,boxed,,qode-theme-ver-2.6,wpb-js-composer js-comp-ver-4.4.3,vc_responsive

Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia

LATAR BELAKANG

Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia merupakan satu bahagian yang memberikan `supporting services’ kepada jabatan.  Tugas-tugas sedia ada merangkumi perkara-perkara berikut:

 

  •  Pentadbiran Am dan Pengurusan Aset
  • Pengurusan Sumber Manusia
  • Komunikasi Korporat
  • Kualiti, Latihan dan Kompetensi

OBJEKTIF BAHAGIAN

Menyediakan perkhidmatan dalam bidang-bidang Pentadbiran Pentadbiran dan Pengurusan Aset, Pengurusan Sumber Manusia, Komunikasi Korporat serta Kualiti, Latihan dan Kompetensi kepada anggota KEJORA dan masyarakat yang dapat memenuhi kehendak pengurusan dan kepuasan pelanggan.

Pentadbiran Am dan Pengurusan Aset

  1. Mewujudkan sekitaran kerja yang kondusif;
  2. Mewujudkan sistem kawalan dan keselamatan bangunan dan peralatan pejabat;
  3. Mewujudkan sistem kawalan dan penyelenggaraan kenderaan pejabat;
  4. Memastikan kelancaran urusan perjalanan Mesyuarat Lembaga Pengarah;
  5. Memastikan sistem dan kaedah pengurusan tabung-tabung pinjaman untuk anggota dilaksanakan dengan teratur;
  6. Memastikan kelancaran sistem pengurusan aset alih Kerajaan.

Pengurusan Sumber Manusia

  1. Memastikan keperluan tenaga kerja adalah mencukupi dan bersesuaian dengan keperluan fungsi dan peranan KEJORA.
  2. Memastikan segala keperluan perkhidmatan anggota dilaksanakan berpandukan kepada ketetapan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  3. Memastikan disiplin anggota sentiasa berada di tahap yang baik dan mengambil tindakan ke atas anggota yang melanggar peraturan melalui Jawatankuasa Tatatertib.
  4. Memastikan prestasi anggota dinilai setiap tahun untuk pengiktirafan dan pembangunan kerjaya anggota.
  5. Memastikan Sistem Pengurusan Sumber Manusia dapat diuruskan melalui HRMIS untuk perkhidmatan yang lebih bersistematik.

Komunikasi Korporat

  1. Memastikan keberkesanan perancangan dan pelaksanaan pelan media berhubung publisiti, promosi dan kempen bagi setiap dasar, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi KEJORA melalui bahan promosi, media elektronik dan media cetak;
  2. Mewujudkan perhubungan baik antara jabatan dengan pihak awam serta media melalui strategi penyampaian maklumat perkhidmatan jabatan yang berkesan demi mencapai objektif KEJORA secara menyeluruh;
  3. Menyediakan bahan edaran dan rujukan kepada pihak awam dan media bahan maklumat bagi setiap dasar, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi KEJORA melalui penerbitan bahan cetakan seperti buletin, laporan tahunan, brosur, risalah, rakaman foto dan video;
  4. Memastikan aduan dan cadangan orang awam dan pelanggan mengenai perkhidmatan KEJORA diselaraskan dengan lancar dan memenuhi keperluan yang dikehendaki orang awam dan pelanggan berkenaan;
  5. Memastikan pengurusan lawatan dari dalam dan luar negara diselaraskan dengan lancar demi member imej yang baik kepada jabatan; dan
  6. Memastikan orang awam dan pelanggan yang ingin mengetahui atau yang sedang dan telah menerima perkhidmatan jabatan diberi layanan yang baik dan dikendalikan dengan cepat dan berkesan.

 

Kualiti, Latihan dan Kompetensi

  1. Memastikan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 dilaksanakan mengikut piawaian yang ditetapkan.
  2. Memastikan sistem pengurusan rekod di Bilik Fail Berpusat KEJORA dan Dokumen Terperingkat KEJORA dilaksanakan dengan berkesan;
  3. Memastikan Manual Prosedur Kerja KEJORA dan Fail Meja anggota disedia dan dikemaskini;
  4. Memastikan Program Latihan Anggota berjalan lancar mengikut perancangan;
  5. Memastikan program Pengesahan Dalam Jawatan berjalan lancar:
  6. Memastikan pelaksanaan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) berjaya;
  7. Memastikan keurusetiaan Sistem Pengurusan Berkualiti 5S dilaksanakan dengan berkesan;
  8. Memastikan Program Permentoran dapat dilaksanakan dan diselaras dengan baik;
  9. Memastikan penyelarasan penggunaan pelajar praktikal/latihan amali di setiap bahagian mengikut bidang pengkhususan yang diperlukan.
Newsletter

 

Langgan RSS melalui E-mel

 

 

Acara

September, 2017

Saring Pilihan

Tiada acara

 

ISTILAH ICT BIL. 10/2017


YBhg. Dato’/YBrs. Dr./Tuan/Puan. YBhg. Dato’/YBrs.…
Lagi

 

NOTIS PENTING - SEMUA PEMBEKAL/KONTRAKTOR/SYARIKAT



Lagi

 

PEMBERITAHUAN PENGURUSAN ADUAN PELANGGAN


Berikutan pembubaran Lembaga Bandaran Johor…
Lagi

 

Blog Pelancongan KEJORA


Sila layari Blog Pelancongan KEJORA untuk…
Lagi