Bahagian Perancangan Strategik

A. OBJEKTIF
Membantu menjadinyatakan wawasan untuk memajukan kawasan Johor Tenggara menerusi aktiviti Perancangan, Pelarasan, Pelaporan, Pemantauan serta Penilaian ke atas pelaksanaan program-program dan aktiviti-aktiviti pembangunan fizikal dan sosial. Penumpuan diberikan kepada Bandar-bandar baru, pusat-pusat penempatan dan kampung-kampung tradisional yang melibatkan penyediaan prasarana, kemudahan-kemudahan awam dan sosial, pembangunan ekonomi, pembangunan sosial, dan institusi serta usaha-usaha untuk merapatkan jurang digital antara penduduk luar Bandar dengan bandar.

B. FUNGSI

  1. Memantau dan menyelaras Pelan Strategik KEJORA supaya selari dengan perkembangan ekonomi dan sosial Wilayah KEJORA.
  2. Penyediaan Laporan Key Permance Indicator KEJORA dan pemantauan prestasi Pelan Strategik melalui Sistem MyPrestasi.
  3. Menguruskan, mengkaji dan menilai öutcome”dan impak pembangunan KEJORA bagi menambahbaikan.
  4. Menyelaras dan memantau Sistem iKEJORA.
  5. Bertanggungjawab sebagai Focal Point Dashboard War Room KPLB dan menyelaras Dataset terbuka KPLB.
  6. Merancangan dan menyelaras dasar-dasar, strategi dan pendekatan pembangunan di kawasan Johor Tenggara sediada supaya selari dengan fungsi KEJORA setelah mendapat kelulusan pengurusan.
  7. Merancang dan menyelaras dalam pelaksanaan serta pemantauan program kolaborasi KEJORA.
  8. Menyedia dan menyelaras perancangan jangka panjang (RRJP) Rancangan Malaysia 5 Tahun (RMTL).
  9. Menyelaras dan memantau penyediaan kerja-kerja Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM).
  10. Penyelarasan dan perancangan projek-projek pembangunan KEJORA bagi rancangan lima tahun.
  11. Penyediaan perancangan pelaksanaan program/projek tahunan (PPP).
  12. Menyelaras dan memantau perlaksanaan prestasi program/projek KEJORA.
  13. Menyelaras dan mengemaskini data dan maklumat pembangunan KEJORA di bawah Rancangan Malaysia Lima tahun yang berkaitan dengan prestasi fizikal dan prestasi perbelanjaan dalam Sistem Pemantauan Projek II Web (SPP II Web).
  14. Menyelaras dan mengemaskini Sistem Pemantauan Projek (SPPX) KEJORA.

C. AKTIVITI UTAMA

Aktiviti Utama Bahagian Perancangan Strategik

Bil Aktiviti Utama Pihak Lain Yang Terlibat Sistem Semasa
1. Merancang dan menggubal dasar-dasar, strategi dan pendekatan pembangunan • Masyarakat Setempat
• Agensi Kerajaan
• Agensi Swasta
• Tiada
2. Merancang dan menyelaras program-program pembangunan • Agensi Pelancongan
• Agensi Kerajaan
• Agensi Swasta
• Tiada
3. Menyelaras pelaksanaan projek-projek • Masyarakat Setempat • Tiada
4. Mengumpul dan mengurus data-data mengenai kependudukan dan projek pembangunan • Masyarakat Setempat
• Agensi Kerajaan
• Akan menggunakan Sistem Pangkalan Data Wilayah KEJORA
5. Memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan • Agensi Kerajaan • SPP II
6. Memantau pencapaian KPI KEJORA • Semua Bahagian • Tiada

D. PRODUK DAN PERKHIDMATAN

Produk dan Perkhidmatan Bahagian Perancangan Strategik

Bil

Produk/Perkhidmatan

Kumpulan Sasar

1. Penggubalan dasar dan strategi pembangunan • Stakeholder KEJORA

• Pelanggan KEJORA

• Semua Bahagian

2. Penyelarasan program-program pembangunan
3. Pengurusan maklumat dan data-data mengenai kependudukan dan projek pembangunan
4. Pemantauan pelaksanaan projek-projek pembangunan
5. Pemantauan pencapaian dan pelaksanaan KPI KEJORA
7. Kajian penilaian outcome dan impak program/projek pembangunan KEJORA