Portal Rasmi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (kejora) | Unit Audit Dalam
5288
page,page-id-5288,page-child,parent-pageid-739,page-template-default,ajax_updown_fade,page_not_loaded,smooth_scroll,boxed,,qode-theme-ver-2.6,wpb-js-composer js-comp-ver-4.4.3,vc_responsive

Unit Audit Dalam

LATAR BELAKANG

Unit Audit Dalam (UAD) merupakan satu fungsi bebas, yang member kepastian dan khidmat perundingan secara objektif untuk menambah nilai dan mempertingkatkan tahap operasi organisasi. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1979, Surat Pekeliling Am Bil.3 Tahun 1998 dan Pekeliling Perbendaharaan Bil.9 Tahun 2004 telah menetapkan supaya setiap Kementerian dan Agensi menubuhkan UAD masing-masing. Selaras dengan kuasa tersebut, UAD Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) ditubuhkan secara rasminya pada tahun 2001. Sejak dari awal penubuhan, UAD bertanggungjawab terus kepada Pengurus Besar KEJORA bagi memastikan kebebasan dan keberkesanannya.

Skop UAD meliputi penyemakan dan penilaian ke atas aktiviti dan operasi organisasi, anak syarikat dan syarikat subsidiari berkepentingan. Bidang tugas UAD seperti berikut:

  1. Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman organisasi;
  2. Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa;
  3. Mengkaji aktiviti organisasi diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan;
  4. Mengkaji aset dan kepentingan organisasi dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan;
  5. Memberi nasihat / pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem teknologi maklumat;\
  6. Mengkaji proses penilaian risiko di organisasi sekiranya pengurusan telah diwujudkan.
Newsletter

 

Langgan RSS melalui E-mel

 

 

Acara

September, 2017

Saring Pilihan

Tiada acara

 

ISTILAH ICT BIL. 10/2017


YBhg. Dato’/YBrs. Dr./Tuan/Puan. YBhg. Dato’/YBrs.…
Lagi

 

NOTIS PENTING - SEMUA PEMBEKAL/KONTRAKTOR/SYARIKAT



Lagi

 

PEMBERITAHUAN PENGURUSAN ADUAN PELANGGAN


Berikutan pembubaran Lembaga Bandaran Johor…
Lagi

 

Blog Pelancongan KEJORA


Sila layari Blog Pelancongan KEJORA untuk…
Lagi