Portal Rasmi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (kejora) | Unit Integriti
1305
page,page-id-1305,page-child,parent-pageid-739,page-template-default,ajax_updown_fade,page_not_loaded,smooth_scroll,boxed,,qode-theme-ver-2.6,wpb-js-composer js-comp-ver-4.4.3,vc_responsive

Unit Integriti

LATAR BELAKANG PENUBUHAN UNIT

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013, berkuatkuasa pada 1 Ogos 2013 memaklumkan mengenai keputusan Kerajaan untuk mewujudkan Unit Integriti dalam semua agensi kerajaan sebagai satu mekanisme kawalan dalaman bagi menilai dan memantau penjawat awam mengamalkan budaya kerja yang unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat patriotisme.

 

Selaras dengan ketetapan tersebut, pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melalui surat rujukan KKLW.SM.500-32/1 Jld.16(43) bertarikh 11 Oktober 2013 bagi melaksanakan keputusan penubuhan Unit Integriti Agensi sebagaimana model yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berasaskan penarafan risiko oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

 

Untuk terus memantapkan integriti bagi menentukan penjawat awam menjunjung dan menegakkan prinsip integriti serta akauntabiliti bagi membendung salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi kearah mencapai sistem penyampaian awam yang lebih cemerlang di KEJORA. Surat Kelulusan Perjawatan Bil. E70 Tahun 2013 bertarikh 6 Disember 2013 dengan ini diberitahukan bahawa selaras dengan arahan Jawatankuasa Kabinet dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1987, kelulusan adalah diberikan kepada pihak KEJORA untuk menyelaras dan membuat perubahan emolument bagi jawatan-jawatan yang diujudkan di Unit Integriti dan surat kelulusan ini berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2013.

 

Dalam hubungan itu, merupakan agenda terpenting bagi mempertingkatkan integriti rakyat Malaysia supaya dapat mencapai cita-cita wawasan 2020 sebagaimana didalam Pelan Transformasi Kerajaan, Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakyat mengharapkan sistem perkhidmatan awam yang cekap dan berkesan, urus tadbir kerajaan yang baik dapat memerangi pembaziran dana kerajaan.

 

Ke arah itu, Kerajaan akan terus mengambil langkah memperkasa dan membudayakan integriti dalam kalangan penjawat awam dan usaha ini telah mendapat sambutan dan kerjasama baik daripada jentera perkhidmatan awam.

 

Penubuhan Unit Integriti Agensi merupakan suatu pendekatan Blue Ocean Strategy yang menggabungkan Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan Pegawai Agensi dalam menguruskan integriti secara lebih fokus, terancang, menepati keperluan dan kesesuaian agensi.

Newsletter

 

Langgan RSS melalui E-mel

 

 

Acara

September, 2017

Saring Pilihan

Tiada acara

 

ISTILAH ICT BIL. 10/2017


YBhg. Dato’/YBrs. Dr./Tuan/Puan. YBhg. Dato’/YBrs.…
Lagi

 

NOTIS PENTING - SEMUA PEMBEKAL/KONTRAKTOR/SYARIKAT



Lagi

 

PEMBERITAHUAN PENGURUSAN ADUAN PELANGGAN


Berikutan pembubaran Lembaga Bandaran Johor…
Lagi

 

Blog Pelancongan KEJORA


Sila layari Blog Pelancongan KEJORA untuk…
Lagi