Portal Rasmi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (kejora) | Unit Teknikal
1315
page,page-id-1315,page-child,parent-pageid-739,page-template-default,ajax_updown_fade,page_not_loaded,smooth_scroll,boxed,,qode-theme-ver-2.6,wpb-js-composer js-comp-ver-4.4.3,vc_responsive

Unit Teknikal

1.0    LATARBELAKANG BAHAGIAN
 
Bahagian Perancang Bandar dan Pembangunan Projek pada awalnya dikenali sebagai  Bahagian Perancang Bandar sahaja. Selaras dengan pembubaran Unit JKR KEJORA pada tahun 1998, Pengurusan KEJORA telah mempertanggungjawabkan tugas dan fungsi Unit JKR KEJORA diambil alih oleh bahagian ini.
 
Oleh itu, melalui penstrukturan semula Pengurusan KEJORA, bahagian ini dinamakan Bahagian Perancang Bandar Dan Pembangunan Projek pada tahun 2000. Penstrukturan tersebut hanyalah mengubah nama bahagian sahaja tetapi tidak menambah/menstruktur semula kakitangan bahagian. Cadangan penstrukturan semula anggota bahagian telah dikemukakan kepada Lembaga Pengarah pada tahun 2003 dengan mengambilkira penambahan anggota teknikal terutama Jurutera dan Jurukur Bahan.
 
Bagi menampung masalah bebanan tugas teknikal dan kekurangan kakitangan teknikal, bahagian ini mengambil pendekatan seperti yang dipersetujui oleh pengurusan dalam melakukan projek pembangunan.
 
Walau bagaimanapun pada 1 Mei 2011 melalui penstrukturan kali kedua Pengurusan KEJORA, bahagian ini telah diagihkan kepada bahagian/unit baru iaitu Bahagian Perancang Bandar Dan Desa serta Unit Teknikal yang kedua-duanya diletakkan di bawah tangungjawab Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan).
 
Ini adalah bagi menyelaraskan tugas dapat diagihkan mengikut bidang pengkhususan masing-masing dimana Unit Teknikal lebih kepada bidang teknikal.

 

2.0    OBJEKTIF BAHAGIAN
 
Unit Teknikal telah diwujudkan di KEJORA sebagai satu bahagian yang  bertanggungjawab untuk:
 
i.     Penyeliaan dan pemantauan projek-projek pembangunan yang dijalankan di dalam Wilayah KEJORA.
ii.     Melaksanakan tugas-tugas pengurusan yang berkaitan dengan jabatan.
iii.     Penyediaan maklumat-maklumat projek pembangunan yang berkaitan..

 

3.0    FUNGSI UTAMA UNIT TEKNIKAL
 
1.    Unit Teknikal menguruskan kerja-kerja kontrak dengan melaksanakan program-program tender, sebutharga dan arahan kerja berkerjasama dengan Perunding-perunding yang dilantik.
2.    Unit ini juga menjalankan kerja-kerja pengurusan dan penyeliaan projek dari mula hingga selesai sesebuah Kontrak.
3.    Unit ini memantau program-program kontrak berdasarkan kepada Laporan Kemajuan Kerja Semasa sesebuah Kontrak.
4.    Unit ini lebih menekankan kepada penyediaan projek pembangunan seperti menyediakan kemudahan awam dan sosial, jalanraya, bekalan api, air dan telekomuniksasi.
5.    Unit ini bertanggungjawab diatas segala urusan perlantikan perunding, pengiklanan, penilaian, pemanggilan tawaran dan  tawaran setujuterima dan penyeliaan kontrak sehingga perakuan tuntutan pembayaran Interim.

Newsletter

 

Langgan RSS melalui E-mel

 

 

Acara

April, 2017

Saring Pilihan

Tiada acara

 

PEMBERITAHUAN PENGURUSAN ADUAN PELANGGAN


Berikutan pembubaran Lembaga Bandaran Johor…
Lagi

 

Blog Pelancongan KEJORA


Sila layari Blog Pelancongan KEJORA untuk…
Lagi

 

SENARAI NAMA PENGGERAK DAN KAMPUNG JKKK


Info Lanjut
Lagi

 

FORMAT PROFIL KAMPUNG DAN PELAPORAN PENGGERAK


PROFIL KAMPUNG PELAPORAN PENGGERAK
Lagi