Persetujuan bagi melaksanakan MS ISO 9001:2000 di KEJORA telah diputuskan pada Mei 2003. Berdasarkan “Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9001:2000 dalam Perkhidmatan Awam” yang telah dikeluarkan oleh kerajaan pada 11 Julai 1996, pelaksanaan MS ISO 9001:2000 di KEJORA telah melepasi tahap pelaksanaan. Pelantikan pasukan petugas yang dilakukan terdiri daripada 3 kumpulan iaitu 2 kumpulan dari Bahagian Kerajaan Tempatan dan 1 kumpulan dari Bahagian Perancang Bandar & Pembangunan Projek. Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah mendapat persijilan MS ISO 9001:2000 yang pertama pada 8 Oktober 2004.

 

Pada 15 November 2008, standard terkini ISO 9001:2008 telah diisytihar keluarannya menggantikan ISO 9001:2000. Tiada sijil versi 2000 akan dikeluarkan selepas tarikh 15 November 2009 dan tarikh akhir sah laku sijil ISO 9001:2000 adalah 15 November 2010. Oleh yang demikian, setiap organisasi yang telah mendapat persijilan ISO 9001:2000 perlu melaksanakan peralihan kepada standard terkini ISO 9001:2008 sebelum 11 November 2010 untuk mengekalkan standard sedia ada dan kekal relevan.

 

Sehubungan dengan itu, pada 1 Disember 2009, KEJORA barjaya beralih kepada versi baru MS ISO 9001:2008 Sistem Pengurusan Kualiti untuk kekal relevan.

 

Berdasarkan keputusan Audit Persijilan Semula MS ISO 9001:2008 pada 2 – 4 September 2013, KEJORA telah berjaya memperbaharui persijilan tersebut dengan kerjasama SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Sah sehingga 7 Oktober 2016. Nombor Persijilan : AR3401.