Piagam Pelanggan

KEJORA komited dalam melaksanakan program peningkatan taraf sosial ekonomi penduduk luar bandar menerusi penyediaan kemudahan awam dan ameniti sosial serta program pembangunan sosial termasuk individu, keluarga dan masyarakat serta golongan miskin, miskin tegar, belia, B40, M40, usahawan dan wanita.

1. Projek-projek kemudahan awam serta ameniti sosial yang diluluskan dan mula dilaksanakan dalam tempoh 90 hari daripada tarikh kelulusan akan diserahkan kepada pihak berkaitan tidak lewat dari 7 hari setelah pengeluaran sijil CPC dari Unit Teknikal.
2. Bantuan dan sumbangan berbentuk kewangan yang telah  diluluskan akan disalurkan selewat-lewatnya 7 hari sebelum program atau aktiviti dijalankan.
3. Keputusan permohonan sewaan tanah kawasan tanaman campuran/ premis/ bengkel atau lot industri dikeluarkan dalam tempoh tidak lewat 90 hari daripada tarikh iklan tutup
4. Keputusan Permohonan Skim Bantuan Modal Niaga (SBMN)/ Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian (SPEP)  dikeluarkan dalam tempoh 60 hari bekerja dari tarikh tutup.
5. Keputusan permohonan latihan industri/ lawatan kerja akan dimaklumkan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
6. Tuntutan bayaran/ pengembalian wang amanah akan dijelaskan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penerimaan tuntutan yang lengkap.
7. Akuan terima aduan dibuat dalam tempoh 3 hari bekerja selepas aduan diterima dan maklum balas aduan dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja.
8. Portal rasmi KEJORA dan aplikasi maklumat boleh dicapai 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.
9.

Status permohonan tanah bagi projek penswastaan/ pajakan tanah akan dimaklumkan dalam tempoh 90 hari selepas permohonan diterima.

10. Pemakluman status kelulusan permohonan kemudahan fasiliti (Dewan, Stadium) dan logistik (Khemah, Kerusi, Meja, Alat Siaraya) serta Hiasan Landskap dibuat dalam tempoh 3 hari bekerja daripada tarikh permohonan
11. Serahan Hak Milik Asal yang bebas akan diserahkan kepada pembeli dalam tempoh 90 hari bekerja selepas tarikh notis panel peguam pembeli diterima.
12. Memberi layanan mesra, adil dan saksama kepada semua pelanggan.