Profil Agensi

Latar Belakang

  • KEJORA adalah sebuah agensi kemajuan wilayah yang diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Wilayah KEJORA merangkumi wilayah Johor Tenggara merangkumi kawasan seluas 151,231 hektar Wilayah Semenanjung Pengerang dan 149,919 hektar Wilayah Johor Tengah. Bagi melaksanakan pembangunan di kawasan ini, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara atau KEJORA ditubuhkan pada 1 Jun 1972.
  • Selain daripada itu juga, KEJORA diberi kuasa melalui Enakmen 118 (Enakmen Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972) yang memberi fungsi dan kuasa-kuasa tertentu untuk membangunkan Wilayah Johor Tenggara (KEJORA).