Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO)

NAMA : Tn. Hj. Matriffin bin Md Amin

JAWATAN : Pengurus Teknologi Maklumat

Peranan dan tanggungjawab ICTSO adalah seperti berikut:

  1. Mengurus keseluruhan program-program keselamatan ICT KEJORA;
  2. Menguatkuasakan Dasar Keselamatan ICT KEJORA;
  3. Memberi penerangan dan pendedahan berkenaan Dasar Keselamatan ICT KEJORA kepada semua pengguna;
  4. Mewujudkan garis panduan, prosedur dan tatacara selaras dengan keperluan Dasar Keselamatan ICT KEJORA;
  5. Menjalankan pengurusan risiko;
  6. Menjalankan audit, mengkaji semula, merumus tindak balas pengurusan agensi berdasarkan hasil penemuan dan menyediakan laporan mengenainya;
  7. Memberi amaran terhadap kemungkinan berlakunya ancaman berbahaya seperti virus dan memberi khidmat nasihat serta menyediakan langkah – langkah perlindungan yang bersesuaian;
  8. Melaporkan insiden keselamatan ICT kepada Pasukan Tindak Balas Insiden Keselamatan ICT (GCERT) MAMPU dan memaklumkannya kepada CIO dan CERT KKLW;
  9. Bekerjasama dengan semua pihak yang berkaitan dalam mengenal pasti punca ancaman atau insiden keselamatan ICT dan memperakukan langkah-langkah baik pulih dengan segera;
  10. Memperakui proses pengambilan tindakan tatatertib ke atas pengguna yang melanggar Dasar Keselamatan ICT KEJORA; dan
  11. Menyedia dan melaksanakan program kesedaran mengenai keselamatan ICT.