Pegawai Keselamatan Jabatan (PKJ)

NAMA : Tn. Hj. Samsudin bin Hassan

JAWATAN : Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan)

PERANAN PEGAWAI KESELAMATAN PEJABAT (PKJ)
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA):

  1. Bertanggungjawab keatas semua aspek keselamatan dokumen dan maklumat rasmi Jabatan, bangunan dan harta benda Kerajaan daripada sebarang ancaman, kecurian, kebarakan dan sebagainya dengan mengambilkira langkah-langkah melindungi selaras dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan;
  2. Mengemukakan perakuan-perakuan kepada Ketua Jabatan akan cadangan-cadangan untuk meningkatkan langkah-langkah Keselamatan Perlindungan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian;
  3. Mempengerusikan Jawatankuasa Keselamatan peringkat KEJORA yang berperanan untuk menyelaraskan pelaksanaan kawalan Keselamatan Perlindungan serta menyelesaikan isu-isu yang berbangkit dalam melaksanakan kawalan Keselamatan Perlindungan di KEJORA. Jawatankuasa ini akanbersidang sebanyak empat (4) kali setahun;
  4. Mewakili Jabatan dalam menghadiri mesyuarat mengenai keselamatan dari semasa ke semasa dan jika diperlukan hendaklah membentangkan laporan keselamatan Jabatan serta isu-isu yang tidak dapat diselesaikan di peringkat Jabatan;
  5. Menubuhkan jawatankuasa yang akan di pengerusikan oleh KetuaJabatan yang akan bermesyuarat dengan serta merta jika berlaku sebarang kejadian kecemasan yang melibatkan keselamatan dokumen dan kebocoran maklumat serta harta bendaKerajaan termasuk ancaman keselamatan, pencerobohan, kebakaran, kecurian dan sebagainya.