PENGENALAN

Sejarah pembangunan kawasan pelancongan Desaru bermula pada awal tahun 1970an apabila kajian yang dijalankan oleh Perunding Shankland COx & Partner telah mengenalpasti bahawa kawasan pantai sepanjang 26 km yang menganjur dari Tanjung Siang ke Tanjung Punggai amat berpotensi bagi dimajukan sebagai aktiviti kawasan pelancongan. Lanjutan daripada ini pembangunan pelancongan peringkat pertama telah dijalankan pada tahun 1975 di kawasan sepanjang 6 km dari Tanjung Lompat ke Tanjung Punggai. Satu nama yang sesuai, sedap didengar dan mudah diingati serta dapat menggambarkan ciri-ciri tempatan telah diberi bagi kawsan tersebut. Nama Desaru telah terlahir hasil dari dua perkataan Desa yang bermaksud kampung dan Ru iaitu sejenis pokok pain yang tumbuh meluas di kawasan tersebut. Selepas lebih 20 tahun pembangunannya nama Desaru kini tersohor dan dikenali dimerta pelusuk rantau ini.


Menerusi pelaburan yang dijalankan oleh KEJORA diperingkat awal dahulu pelbagai bentuk dan jenis kemudahan telah dapat dibangunkan iaitu 2 buah hotel kelas sederhana, sebuah resort chalet, padang golf 18 lubang, sebuah kawasan perkhemahan dan sebuah Pusat Pelawat Harian. Bagi memperkenalkan Desaru , usaha-usaha promosi telah dijalankan menerusi tiga kaedah iaitu pengiklanan dimedia cetak, penyertaan dalam pelbagai misi dan ekspo pelancongan serta pelaksanaan aktiviti "calender of events". Hasil dari usaha-usaha ini dan pembangunan berterusan yang dijalankan kini nama Desaru telah tersohor dan dikenali di merata pelusuk rantau
ini.


Peringkat-peringkat pembangunan selanjutnya menyaksikan penglibatan aktif oleh sektor swasta dan KEJORA memainkan peranan sebagai penyelaras dan pemangkin bagi mempercepatkan pelaburan swasta. Penglibatan sektor swasta telah membolehkan pembangunan projek-projek yang lebih besar telah dapat meningkatkan imej Desaru sebagai pusat pelancongan bertaraf antarabangsa.