Pembangunan Pertanian

Pembangunan Pertanian

Program Tanaman Campuran KEJORA telah bermula sejak awal tahun 1984. Syarat kegunaan tanah Kawasan Tanaman Campuran adalah untuk tanaman buah-buahan, sayur-sayuran, ternakan ayam, lembu, kambing, itik dan ikan kecuali tanaman kelapa sawit, getah dan ternakan khinzir.

Objektif Program Tanaman Campuran

  • Menggalakkan orang perseorangan dan syarikat-syarikat swasta melibatkan diri didalam program pembangunan pertanian secara komersial di Wilayah KEJORA
  • Menjadikan wilayah KEJORA sebagai kawasan pengeluaran hasil-hasil pertanian untuk pasaran tempatan dan dieksport ke luar negeri khususnya ke Singapura
  • Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk-penduduk setempat.

Data Kawasan Tanaman Campuran

Terdapat 6 Kawasan Tanaman Campuran dengan kawasan seluas 2,222 hektar dengan pecahan kawasan sebanyak 136 plot dan dibangunkan oleh seramai 115 pengusaha pertanian. Sebahagian plot di KTC Bukit Saga telah berkurang disebabkan oleh Pengambilan Balik Tanah oleh Kerajaan Negeri untuk pembangunan projek RAPID di Pengerang. Pecahan kawasan dan bilangan pengusaha adalah sebagaimana berikut :

Kawasan Program Tanaman Campuran

BIL. KAWASAN JUMLAH

PLOT ASAL

JUMLAH

PLOT TERKINI

JUMLAH

PENGUSAHA

1. Penggeli Kecil 35 35 33
2. Sungai Chemaran I 9 9 9
3. Sungai Chemaran II 23 23 21
4. Bukit Lawiang 21 21 21
5. Bukit Saga 49 43 28
6. Sungai Semberong Kiri 4 5 3
  JUMLAH 141 136 115

Jadual : Data Kawasan Tanaman Campuran sehingga Julai 2017

Kawasan Tanaman Campuran

Berdasarkan kepada pembangunan Kawasan Tanaman Campuran sedia ada, nilai jumlah input bagi Program Tanaman Campuran sehingga kini adalah sebanyak RM28.5 juta. Jumlah pendapatan kasar pula adalah sebanyak RM36.0 juta.