Salah satu fungsi utama KEJORA adalah menjalankan program pembangunan bandar-bandar baru di wilayahnya. Program yang dijalankan termasuk membiayai projek-projek infra dan kemudahan asas di bandar-bandar baru yang dibangunkan supaya lengkap dan teratur. Sehingga akhir tahun 2002 KEJORA telah dapat membangunkan 6 buah bandar iaitu;

Nama Bandar
Penduduk (Orang)
Keluasan (ekar)
Bandar Penawar
6,910
2,784
Bandar Tenggara
10,032
2,668
Bandar Mas
1,695
368
Bandar Petri Jaya
739
257.5
Bandar Sri Perani
378
77.1
Bandar Taman Sri Lambak
6,660
760.3
JUMLAH
26,414
6,155

Selain daripada membangunkan kemudahan asas, komponen pembangunan yang lain juga diwujudkan di bandar-bandar baru tersebut seperti;

  • Perumahan (pembinaan rumah-rumah kos rendah, kos sederhana rendah, kos sederhana dan juga rumah pangsa)
  • Ruangniaga (termasuk rumah/bangunan kedai, gerai, pasar dan bengkel)
  • Kemudahan Awam & Sosial (kompleks sukan, padang awam, dewan, balairaya, perpustakaan, perhentian bas/teksi, masjid/surau)
  • Pengindahan Bandar Dan Petempatan (lanskap dan taman)