|
|
Bahasa Malaysia
�|�
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Penawar-Pengerang run 2009
   Penawar-Pengerang Run 2009 Program Larian Penawar Pengerang ini telah dicetuskan pada tahun 1985 lagi, di mana KEJORA telah menganjurkan Half International Marathon pada setiap tahun selama 10 tahun berturut-turut. Walaubagaimana pun, penganjuran program ini telah diberhentikan pada tahun 1995 kerana pembubaran KEJORA dan penswastaan Desaru. Walaubagaimana pun, pada tahun 2006, Unit Pelancongan dibawah Bahagian Pertanian, Perindustrian dan Pelancongan telah menghidupkan semula program ini dan menamakannya Larian Penawar-Pengerang 2006. Sambutan yang diterima pada tahun 2006 agak memberangsangkan iaitu seramai 277 orang telah menyertai larian ini yang merangkumi 5 kategori iaitu Terbuka Lelaki seramai 49 orang, Terbuka Wanita 32 penyertaan, Veteran Lelaki Terbuka 28 penyertaan, Remaja Lelaki 93 orang dan Remaja Wanita 74 penyertaaan. Pada tahun 2009, Larian Penawar-Pengerang 2009 akan dibuka kepada 8 kategori iaitu: i. Terbuka Lelaki ii. Terbuka Wanita iii. Remaja Lelaki (13 –18 tahun) iv. Remaja Perempuan (13 – 18 tahun) v. Kanak-kanak Lelaki (7 – 12 tahun) vi. Kanak-kanak Perempuan (7 – 12 tahun) vii. Veteran Lelaki ( 45 tahun ke atas) viii. Veteran Wanita (40 tahun ke atas) Penawar-Pengerang Run 2009 ini akan diadakan pada 5hb Julai 2009 (Ahad) mulai jam 8 pagi. Pendaftaran telah dibuka sehingga 5hb Julai 2009 (7.00 pagi). Yuran pendaftaran penyertaan adalah mengikut kategori sepertimana berikut:- Terbuka RM15.00 Remaja RM10.00 Kanak-kanak RM 5.00 Veteran RM10.00 Pelbagai aktiviti sampingan akan diadakan sempena Penawar-Pengerang Run 2009. Pada malam 4hb Julai 2009 persembahan kebudayaan dan liveband KEJORA akan diadakan. Pada 5hb Julai 2009 pula akan diadakan pertandingan memancing, sukaneka, pertandingan mewarna dan pelbagai lagi. |
|
|
|
|