PENGANUGERAHAN SIJIL MS ISO 9001:2000 LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA

Persetujuan bagi melaksanakan MS ISO 9001:2000 di KEJORA telah diputuskan pada Mei 2003. Berdasarkan "Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9001:2000 dalam Perkhidmatan Awam" yang telah dikeluarkan oleh kerajaan pada 11 Julai 1996, pelaksanaan MS ISO 9001:2000 di KEJORA telah melepasi tahap pelaksanaan. Pelantikan pasukan petugas yang dilakukan terdiri daripada 3 kumpulan iaitu 2 kumpulan dari Bahagian Kerajaan Tempatan dan 1 Kumpulan dari Bahagian Perancang Bandar & Pembangunan Projek.

Sebanyak 19 sesi pakarunding termasuk Bengkel Audit Dalaman bagi melatih para Audit Dalaman bagi memastikan pelaksanaan MS ISO 9001:2000 berjalan lancar. Keseluruhan pelaksanaan yang telah dijalankan adalah dibawah khidmat nasihat Jururunding MS ISO

9001:2000 yang telah dilantik. Zainal Consultancy Services telah diberi kepercayaan oleh Pengurusan KEJORA untuk bertindak selaku Jururunding yang bertanggungjawab memastikan kelancaran tugas pelaksanaan MS ISO 9001:2000 setelah mendapat pengesahan dari pihak MAMPU.

Proses pelaksanaan MS ISO 9001:2000 di KEJORA telah dimulakan dengan sesi ceramah/kursus kesedaran (Sesi 1-Sesi 3) pada 14 Ogos 2003. Sehingga Disember 2003 sebanyak 11 Sesi pakarunding dan 2 sesi Bengkel Audit Dalaman telah dijalankan oleh Zainal Consultancy Services.

Bagi tahun 2004 proses MS ISO 9001:2000 diteruskan dengan Audit Dokumentasi oleh pihak SIRIM QAS pada bulan Februari. Proses seterusnya akan diteruskan lagi dengan Audit Dalaman pada April 2004 dan seterusnya Compliance Audit pada Jun 2005 bagi proses pensijilan. Selepas tindakan pembetulan berjaya dilaksanakan KEJORA telah dianugerahkan Pensijilan MS ISO 9001:2000 berkuatkuasa pada 8 Oktober 2005.