Penguatkuasaan

Polisi Pemberian Maklumat (Whistle Blowing Policy)

Mana-mana anggota pekerja atau mana-mana orang yang hendak memberi maklumat, mereka boleh membuatnya dengan cara berikut:

Anggota pekerja atau mana-mana orang yang hendak memberi maklumat atau mendedahkan KTW adalah bebas membuat aduan.

Polisi Tiada Hadiah

DEFINISI HADIAH

Merujuk kepada Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998, definisi hadiah termasuklah wang, tambang percuma, saham, tiket loteri, kemudahan perjalanan, hiburan, perkhidmatan, keahlian kelab, apa-apa bentuk komisyen, hamper, barang kemas, perhiasan, apa-apa benda yang bernilai yang diberi kepada pegawai itu.

OBJEKTIF POLISI

i.Polisi ini diwujudkan bagi mengelakkan sebarang persepsi wujudnya konflik kepentingan yang membabitkan mana-mana pihak.

ii.Polisi ini juga dibangunkan bagi membentuk budaya integriti di kalangan anggota KEJORA selaras Ikrar Integriti Korporat / Corporate Integrity Pledge (CIP) bersama pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 4 Mei 2014 lalu.

PELAKSANAAN POLISI

  • Polisi ini wajib dipatuhi oleh semua anggota KEJORA termasuklah anak syarikat KEJORA.
  • Melalui polisi ini, setiap anggota KEJORA tidak dibenarkan:
  1. Menerima sebarang hadiah secara peribadi dalam pelbagai bentuk daripada mana-mana pihak luar yang terlibat secara langsung dengan KEJORA.
  2. Memberi sebarang hadiah secara peribadi dalam pelbagai bentuk kepada mana-mana pihak luar yang terlibat secara langsung dengan KEJORA.
  3. Walau bagaimanapun, hadiah berbentuk cenderahati korporat yang disampaikan kepada pihak KEJORA oleh rakan usaha sama atau daripada KEJORA kepada pihak luar atas urusan rasmi adalah dibenarkan.