header-inner-1
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7

Pembangunan Akuakultur

Aktiviti akuakultur di Wilayah KEJORA mula dipergiatkan pada tahun 1984 apabila KEJORA telah melantik Universiti Pertanian Malaysia telah membuat kajian awal kesesuaian air untuk perusahaan akuakultur jenis air masin dan air payau untuk ternakan seperti udang harimau, udang putih, ikan siakap, ikan kerapu dan juga pusat penetasan. Kawasan akuakultur seluas 2,660 hektar yang terletak di sepanjang Sungai Lebam, Sungai Bauh Besar dan Sungai Papan  di Kota Tinggi, Johor.

Objektif Program Akuakultur

  • Menggalakkan pertumbuhan pelaburan dalam sektor industri akuakultur di wilayah
  • Mengkomersilkan kawasan tanah terbiar iaitu kawasan paya bakau untuk dijadikan satu kawasan pembangunan projek akuakultur
  • Mengeluarkan bekalan makanan untuk pasaran tempatan dan eksport
  • Mewujudkan peluang pekerjaan dan pendapatan
 

Pembangunan Akuakultur di wilayah KEJORA ini telah berjaya mewujudkan sekurang-kurangnya 200 peluang pekerjaan. Pengeluaran hasil akuakultur adalah dianggarkan sebanyak 70 metrik tan setahun dengan jumlah pelaburan melebihi RM32.0 juta iaitu bermula dari peringkat awal pelaksanaannnya sehingga kini.

 
 

BIL SYARIKAT LOKASI TERNAKAN
1 TEMASIK RAYA SDN BHD Sungai Semenchu Udang Putih, Udang Harimau, Ikan Belanak
2 TERIS INDAH SDN BHD Sungai Lebam Udang Putih, Ikan Tilapia
3 KAMASISTEM S/B Sungai Semenchu Udang Putih
4 PENGGARANG FARM Sungai Lebam Udang Putih
5 KYUNG HYANG ENTERPRISE Sungai Papan Udang Putih
6 TRIJOY ENTERPRISE Sungai Lebam Benih Ikan
7 SUNGAI LAYAU SDN BHD Sungai Layau Udang Putih
8 TERNAKAN MAJU UDANG Sungai Bauh Besar Udang Putih
9 LOW YONG SENG
AQUACULTURE SDN BHD
Sungai Bauh Besar Udang Putih
10 SULAIMAN JALIL Sungai Belading Udang Putih
11 JOHAR MOHD NOR
d/a Abdullah Sani Mohd Nor
Sungai Lebam Udang Putih
12 SAMUDRA WARISAN SDN BHD Sungai Lebam Udang Putih
13 PERBADANAN KEMAJUAN
EKONOMI ISLAM NEGERI
JOHOR (PKEINJ)
Sungai Bauh Besar Udang Putih
14 MARAKON AQUACULTURE
SDN BHD
Sungai Bauh Besar Udang Putih
15 FUGO AQUACULTURE
SDN BHD
Sungai Bauh Besar Udang Putih
16 SYARIKAT PERUSAHAAN
PERIKANAN MAHOL SDN BHD
Sungai Bauh Besar Udang Putih
17 RAMLI BIN SURI Sungai Lebam Udang Putih
18 LIM KOK WEI @ LIM YEOK
CHENG
Sungai lebam Udang Putih