LATAR BELAKANG

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) akan menyambut Jubli Emas 50 tahun   pada 1 Jun 2022. Sambutan ini adalah untuk memperingati dan menghargai jasa serta pengorbanan para pemimpin serta warga KEJORA yang telah merintis jalan demi melestarikan tadbir urus Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) sebagai salah satu Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sehingga Wilayah Johor Tenggara ini membangun dan berkembang maju.

Justeru, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) menganjurkan pertandingan mencipta logo dan slogan yang akan menjadi identiti simbolik logo dan slogan Sambutan 50 tahun Jubli Emas KEJORA yang akan digunapakai dalam semua aktiviti promosi, pameran, dan pencetakan Sambutan  Jubli Emas 50 tahun Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).

OBJEKTIF PERTANDINGAN

  • Mengajak masyarakat umum dalam menyemarakkan Sambutan Jubli Emas 50 tahun KEJORA.
  • Peluang dan ruang bagi semua rakyat Malaysia untuk sama-sama turut berkarya.

SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN

  • Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Ahli jawatankuasa termasuk keluarga dikecualikan menyertai pertandingan ini.
  • Pertandingan terbahagi kepada 2 kategori iaitu Kategori Logo dan Kategori Slogan.
  • Peserta hanya boleh menghantar satu (1) penyertaan sama ada logo atau slogan atau kedua-duanya. Hanya satu logo dan slogan sahaja akan dipilih sebagai pemenang. Hadiah saguhati akan diberikan kepada dua (2) peserta untuk setiap kategori.
  • Semua ciptaan mestilah asli dan tidak diceduk/ditiru/diciplak dari mana-mana logo dan slogan tempatan mahupun dari luar negara.
  • Semua logo dan slogan yang diterima oleh urus setia pertandingan akan menjadi hak milik Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dan tidak akan dikembalikan.
  • Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) adalah berhak ke atas logo dan slogan yang terpilih sama ada untuk dipinda atau diubahsuai bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan ataupun dicetak dalam mana-mana acara atau majlis rasmi.
  • Sebarang bantahan keputusan juri hendaklah disertakan deposit bernilai RM500.00 Deposit bernilai RM500.00 tidak akan dikembalikan.
  • Sila labelkan (namakan fail) penyertaan seperti berikut :#KEJORA50TAHUN_(Nama Peserta)_(No.kad pengenalan).pdf/jpeg (contoh:#KEJORA50TAHUN_Nabila_901021235514.pdf).

SPESIFIKASI REKA BENTUK LOGO DAN SLOGAN

  • Logo dan slogan mestilah baharu dan asli serta tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak.
  • Penganjur tidak akan melayan sebarang tuntutan daripada pihak ketiga.
  • Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/ciplak.
  • Reka bentuk hendaklah dihasilkan didalam lingkungan petak bersaiz A4 (ukuran 21cm x29.7cm) berwarna putih dalam komputer grafik dalam bentuk softcopy menggunakan format JPEG atau PNG dengan resolusi minimum 1280 x 960 atau menggunakan perisian yang bersesuaian.
  • Pereka hendaklah memberi rasional ke atas reka bentuk logo dan simbol serta warna yang digunakan dalam format
  • Reka cipta logo adalah bebas dan pilihan warna adalah tidak terhad.
  • Konsep Jubli Emas 50 Tahun Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)  hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas.
  • Ciptaan slogan tidak melebihi 5 patah perkataan dan dalam Bahasa Malaysia sahaja dalam format

MAKLUMAN PENYERTAAN

  • Setiap peserta hendaklah mengisi maklumat yang lengkap dan jelas melalui Borang Penyertaan Pertandingan Merekacipta Logo dan Slogan Sambutan Jubli Emas 50 tahun KEJORA dan memuat naik logo atau slogan di pautan https://50tahun.kejora.gov.my/50tahun/apps/user/borang.php .
  • Peserta yang terpilih hendaklah menyerahkan softcopy kepada Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).
  • Penyertaan dibuka mulai 01 November 2020 (Ahad) hingga 15 November 2020 (Ahad) sebelum pukul 12:00 tengah malam.
  • Sebarang penyertaan yang diterima selepas 15 November 2020 tidak akan dilayan oleh pihak urus setia.
  • Segala kos penyertaan pertandingan atas tanggungan peserta.
  • Logo dan Slogan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun KEJORA akan dilancarkan pada 1 Januari 2021.
  • Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi :
  • Talian Umum ( 07- 884 3000)
  • Norzaiton binti Hj Jamil (019-759 9048)
  • Cik Seri Arni Haryati binti Abd Jamil (019-727 8356)
  • Mohd Ilham bin Yahya (017-703 3605)

METODOLOGI PENILAIAN

  • Penilaian akan dilakukan terhadap semua penyertaan yang diterima daripada peserta yang menyertai pertandingan ini.
  • Penilaian akan dijalankan melalui penelitian terhadap rekaan logo dan slogan yang dihantar kepada urus setia pertandingan.
  • Panel penilai berhak memilih logo dan slogan terbaik untuk dinobatkan sebagai Logo dan Slogan Rasmi Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).

PANEL PENILAI

  • Penilaian akan dibuat oleh satu jawatankuasa penilai yang dibentuk berasingan untuk dua (2) kategori berkenaan.
  • Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD oleh panel penilai.
  • Panel penilai berhak untuk membatalkan penyertaan pada mana-mana peringkat pertandingan sekiranya didapati peserta tidak mematuhi mana-mana syarat yang ditetapkan.
  • Panel penilai berhak mengubahsuai dan meminda reka bentuk logo dan slogan yang disertai sekiranya perlu.

HADIAH PERTANDINGAN

  • Pemenang akan dimaklumkan oleh pihak urus setia melalui telefon, surat atau e-mel.
  • Pengumuman Pemenang akan diumumkan secara “FB Live” di Facebook rasmi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)

 

  • Hadiah Pemenang Logo:

Pemenang:  RM4,000.00 & Sijil Penyertaan

2 x Saguhati : RM500.00 & Sijil Penyertaan

  • Hadiah Pemenang Slogan:

Pemenang: RM1,000.00 & Sijil Penyertaan

2 x Saguhati : RM250.00 & Sijil Penyertaan

  • Hadiah wang tunai akan terus disalurkan ke dalam akaun bank pemenang secara Electronic Fund Transfer(EFT) dan notifikasi akan dimaklumkan kepada pemenang.

 

BORANG PENYERTAAN

Pautan akan mula dibuka pada 1 November 2020 sehingga 15 November 2020 (12 tengah malam).

https://50tahun.kejora.gov.my/50tahun/apps/user/borang.php