Perumahan Kampung Tersusun KEJORA

Pengenalan

Program pembangunan kampung tersusun meliputi projek-projek berikut :

1)Pembinaan rumah-rumah kos rendah dan tapak-tapak perumahan secara   tersusun

2)Penyediaan infrastruktur asas dan sosial

3)Penyediaan projek-projek ekonomi secara komersial dan kelompok untuk penyertaan penduduk

Sehingga kini KEJORA telah membangunkan 5 buah kampung tersusun yang telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Bagi memenuhi permintaan penduduk luar bandar, KEJORA akan membina 3 lagi projek perumahan tersusun iaitu Perumahan Tersusun Tuan Seh Fasa 2B sebanyak 33 unit rumah, Perumahan Tersusun Kampung Paya sebanyak 125 unit rumah dan Perumahan Tersusun Tanjung Buai Fasa 1 sebanyak 56 unit rumah untuk generasi ke-2 dan ke-3 yang dijangka siap pada akhir tahun 2018. Pembangunan Kampung Tersusun KEJORA ini mampu menempatkan penduduk luar bandar secara terancang dan dapat menyumbang peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan melalui ruang-ruang niaga yang turut disediakan oleh KEJORA.

Bil Projek Tahun Pembinaan Bil. Rumah Jenis Rumah Keluasan Rumah Keluasan Kampung

(ekar)

1 Perumahan Tersusun Kg. Tuan Seh Fasa 1 2000 85 Sesebuah – Batu 20’ X 30’ 42
2 Perumahan Tersusun Kg. Tuan Seh Fasa 2A 2012 24 Sesebuah – Batu 22’ X 30’
3 Perumahan Tersusun Kg. Punggai 2000 139 Sesebuah – Kayu 26’ X 30’ 30.7
4 Perumahan Tersusun Kg. Semanggar Dalam 1998 60 Sesebuah – Batu 22’ X 30’ 72
5 Perumahan Tersusun Kg. Mawai 2000 169 Sesebuah – Kayu 26’ X 30’ 42
6 Perkampungan Nelayan Tg. Balau 1986 20 Sesebuah – Kayu 26’ X 30’ 54
Kg. Tuan Seh Fasa 2A

Kg. Punggai

Kg. Semanggar Dalam

Kg. Mawai

Tg. Balau